Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lawatan Rasmi PM Buka...

BANGKOK : Lawatan rasmi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand membuka lembaran...

Rafizi Tetap Nak Demo...

Dah namanya pembangkang, maka kerjanya adalah membangkang.Itulah yang boleh dikatakan terhadap kenyataan terbaharu...

3 Lelaki Ditahan Dipercayai...

JOHOR BAHARU - Polis menyelesaikan tujuh kes samun dan pemerasan menggunakan taktik menyamar...

Pemuda ‘Takut’ Polis Terjun...

RANTAU PANJANG - Tindakan nekad seorang lelaki terjun ke dalam Sungai Golok berhampiran...

3 Pengarah Gagal Cabar Keputusan Gantung Operasi

KUALA LUMPUR – Tiga Anggota Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk cabar keputusan Pendaftar Pertubuhan Peladang yang gantung operasi pengurusan pertubuhan itu sejak 28 Mei lepas.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azizah Nawawi yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan Sylvester Entri Anak Muran, Mustaffar Kamal Ab Hamid dan Ali Shikh Ahmad selaku pemohon terhadap Pendaftar Pertubuhan Peladang, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub dan Kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai responden.

Azizah dalam keputusannya berkata mahkamah mendapati Pendaftar Pertubuhan Peladang dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub tidak melakukan apa-apa kesalahan mengikut Akta Pertubuhan Peladang 1973 serta diberi kuasa untuk mengeluarkan notis penggantungan terhadap pertubuhan itu.

“Oleh itu, permohonan semakan kehakiman ketiga-tiga pemohon ditolak dengan kos RM10,000,” katanya.

Terdahulu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili ketiga-tiga individu itu turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa enam lagi pemohon telah memberi arahan kepadanya supaya menarik balik permohonan semakan kehakiman tersebut atas alasan mereka baru saja meletak jawatan selaku anggota Nafas pada penghujung Oktober dan awal November.

Mereka ialah Mohd Nazri Abdullah; Ibrahim Jahaya; Abd Lateh Mohd Saman; Ramli Norani; Ismail Omar dan Nazilah Abd Latif.

Dalam permohonan yang difailkan pada 6 Julai lepas, sembilan individu tersebut memohon perintah certiorari supaya perintah penggantungan tersebut dibatalkan dan perintah mandamus bagi memaksa Salahuddin membalas atau memberi keputusan terhadap rayuan pemohon berhubung penggantungan berkenaan.

Dakwa mereka perintah penggantungan tersebut dibuat atas alasan pertubuhan itu menghadapi masalah serius dalam barisan kepimpinan anggota jemaah pengarah dan pengurusan susulan laporan audit pengurusan yang diserahkan kepada kementerian pada 26 Mac lalu.


Oleh itu, mereka menuntut perintah deklarasi bahawa tindakan Salahuddin tidak menjawab rayuan yang dikemukakan kesemua pemohonan adalah bercanggah dengan undang-undang dan tidak mematuhi tanggungjawab statutori sebagai menteri.

Kesemua pemohon juga mendakwa kesemua responden tidak mempunyai asas yang kukuh dan munasabah untuk menggantung Perlembagaan Nafas mengikut Akta Pertubuhan Peladang 1973.

Berdasarkan afidavit yang dikemukakan, pemohon mendakwa sehingga kini mereka tidak pernah menerima sebarang notis atau maklumat berkaitan dengan siasatan yang dijalankan oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang.

Mereka turut mendakwa pendaftar pertubuhan peladang itu terkhilaf mengeluarkan perintah penggantungan selain gagal memberikan tempoh masa untuk pemohon dan pihak pengurusan Nafas membaiki isu yang dibangkitkan.

Pada 9 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran bagi permohonan semakan kepada pemohon untuk mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan Peladang itu. – BERNAMA

Kategori