Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ismail Sabri Dilantik Perdana...

PETALING JAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Jualan Axia Cecah 44,000,...

RAWANG - Tempahan Perodua Axia telah mencecah 44,000 unit berbanding sasaran awal sebanyak...

Dadah: 88 Orang Ditahan...

BUKIT MERTAJAM - Seramai 88 orang termasuk enam dipercayai pengedar dadah ditahan dalam...

Pertemuan Ketua Pasukan Petugas...

JOHOR BAHARU - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini...

30,000 Berhimpun Sokong Rangkaian Rel Perancis-Itali

ROME – Berpuluh ribu orang berhimpun di utara Itali semalam bagi menyokong pembinaan rangkaian kereta api Perancis-Itali, dikenali sebagai TAV sekali gus membantah keputusan bersifat antipenubuhan Gerakan 5-Bintang (5-Star) untuk menimbang semula projek itu.

Landasan kereta api berkelajuan tinggi sejauh 270 kilometer itu dijangka menghubungkan kota Lyon di Perancis dengan Turin di utara Itali dengan kos kira-kira 26 bilion euro (RM123 bilion).

Pelan ini berdepan penolakan dan protes di peringkat serantau dan kebangsaan. Pada Julai lalu Timbalan Perdana Menteri, Luigi Di Maio, pemimpin 5-Star yang juga menteri industri, meminta penilaian semula dilakukan hingga mencetuskan pertikaian dengan rakan gabungannya, League.


Sekurang-kurangnya 30,000 orang berkumpul di sebuah dataran utama di Turin, perhimpunan yang disifatkan sebagai demonstrasi pro-TAV terbesar setakat ini.

“Ia baik untuk pembangunan ekonomi, pekerjaan, pelancongan dan budaya dan semuanya memberi kepentingan kepada bandar ini,” kata seorang penganjur perhimpunan itu, Adele Olivero.

5-Star yang bimbang akan kehilangan sejumlah besar sokongan pilihan raya, berminat untuk menghentikan kerja-kerja TAV, antara janji pilihan raya terbesarnya, terutama selepas terpaksa memberi kelulusan kepada projek Trans Adriatic Pipeline (TAP), bulan lalu. – Reuters

Kategori