Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Harimau Malaya Perlu Teruskan...

IPOH - Perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2019 melibatkan Malaysia dan Korea...

Azwan Kombos, Ezzaty Kongsi...

AZWAN Kombos dan Ezzaty Abdullah sempat berkongsi cerita tentang persiapan perkahwinan mereka ketika ditemui...

“Taat Setia Saya Adalah...

PETALING JAYA - Tunku Mahkota Johor telah memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin politik tanah...

Singapura Rampas 3,000 Karton...

SINGAPURA - Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) merampas 3,000 karton...

4 Laporan Polis Terhadap Waytha Moorthy

KULAI – Empat laporan polis dibuat bagi mengecam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berhubung satu kenyataan dibuatnya dalam satu temu bual di luar negara yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Laporan tersebut dibuat Dewan Pemuda Pas negeri, Pemuda UMNO Bahagian Kulai dan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Juwahir Amin berkata, himpunan aman itu juga bertujuan untuk membantah cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Kenyataan Waytha Moorthy merupakan satu fitnah terhadap negara dan rakyatnya yang berbilang kaum dan agama.

“Tuduhan mengatakan masyarakat India dipaksa masuk Islam dan 10,000 kuil telah dirobohkan tidak berasas dan tidak mempunyai bukti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori