Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tsunami Melayu Tak Mungkin...

MUNGKINKAH tsunami Melayu akan berlaku dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang?Tidak...

Doktor Tersilap Buang Buah...

OREGON - Seorang wanita dilaporkan kehilangan kedua-dua belah buah dada dan rahimnya akibat...

Hina Almarhum Sultan Kedah,...

SEMALAM, kecoh di laman sosial Facebook tentang tindakan seorang lelaki berbangsa Cina yang...

Takut Zika, Warga Singapura...

SINGAPURA - Semakin ramai rakyat Singapura sudah mula memakai pakaian berlengan panjang dan...

4 Sekeluarga Sesat Daki Bukit Melati, Ditemui Selamat

SEREMBAN – Empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak lelaki yang sesat selama kira-kira satu jam ketika mendaki Bukit Melati di Nilai dekat sini semalam, berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Raihan Che Mat berkata empat mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui kira-kira pukul 7.40 malam.

“Seramai tujuh anggota bomba telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Pasukan penyelamat mendapati kesemua mangsa gagal mencari jalan keluar dan dikhuatiri sesat selepas mendaki bukit berkenaan, namun sejam kemudian mereka ditemui selamat di lokasi ‘check point’ di Cobra Hill dan dibawa turun ke kaki bukit,” katanya ketika dihubungi di sini.

Raihan berkata kesemua mangsa dibenarkan pulang selepas disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.  – BERNAMA

Kategori