Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Ewww…Tikus Dijadikan Daging Burger

JIJIK tapi lain pula di Rusia apabila sebuah restoran, Krasnodar Bistro memperkenalkan burger...

Jambatan Pulau Pinang Masih...

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memberi jaminan keseluruhan struktur jambatan Pulau...

Kerajaan, PDRM Disaman 3...

KUALA LUMPUR - Tiga pelajar yang ditahan kerana cuba menceroboh Universiti Teknologi Mara...

Mereka Mahu ‘Menang-Menang’

MAJIKAN dan agensi pengambilan pembantu rumah asing berharap garis panduan baharu yang akan...

4 Warga Indonesia Ditahan, Bawa Bot Langgar Syarat

JOHOR BAHRU – Polis Marin Wilayah Dua menahan sebuah bot pukat tunda beserta seorang tekong dan tiga orang awak-awak warga Indonesia pada kedudukan 4.8 batu nautika dari Pantai Tanjung Balau dekat Kota Tinggi, semalam.

Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata bot berkenaan ditahan anggotanya yang membuat rondaan pada pukul 9 malam kerana didapati melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985.

Katanya, keempat-empat mereka berusia 18 hingga 41 tahun itu ditahan setelah didapati menangkap ikan kurang dari enam batu nautika dari kawasan pantai.

“Tangkapan dibuat ketika Bot Ronda PSC 59 mendapati bot nelayan tempatan berkenaan sedang menunda pukat dalam keadaan mencurigakan.

Ketika ditahan, kita dapati terdapat hasil tangkapan ikan pelbagai jenis di atas bot berkenaan juga dianggarkan seberat 1,000 kilogram, ” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, bot berkenaan ditahan mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 dan empat warga asing itu dibawa ke Jeti Jabatan Perikanan Kuala Sedeli untuk siasatan lanjut.


Khiu berkata semua pengusaha bot nelayan haruslah mematuhi undang-undang dan tidak melanggar sebarang syarat yang termaktub di dalam lesen dan jangan mementingkan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan nasib komuniti nelayan pesisir pantai.

Katanya, operasi juga akan berterusan di perairan Laut Cina Selatan untuk membendung pelanggaran Akta Perikanan 1985. – BERNAMA

Kategori