Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Britain, Australia Kerjasama Dengan...

ERAT... Ini bukan pun isu baharu dan bagi pengamat politik tempatan, hubungan UMNO...

Kertas Putih Kesihatan Dibentang...

PETALING JAYA: Kertas Putih Kesihatan yang merupakan satu pelan reformasi sistem kesihatan di...

Petugas Kesihatan Diberi Surat...

KUALA LUMPUR - Semua kakitangan dan petugas kesihatan barisan hadapan diberikan surat penghargaan...

Harley-Davidson Lancar Motosikal Elektrik

UNIK... Kelihatan bentuknya sangat kecil berbanding reka bentuk asal, namun motosikal dikuasai oleh...

5 Loji Air Kelantan Guna Teknologi Bebas Kimia

KOTA BHARU – Teknologi menggunakan kaedah rawatan Ozon yang tidak menggunakan bahan kimia adalah satu daripada teknologi baharu yang diaplikasikan dalam Loji Rawatan Air (LRA) di Kelantan.

Ketua Jabatan Teknikal Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Ir Tengku Iskandar Tengku Ismail berkata, lima daripada 34 LRA di negeri ini yang menggunakan kaedah Ozon adalah LRA Pintu Geng, LRA Kampung Chap (Bachok), LRA Perol, LRA Wakaf Bharu dan LRA Merbau Chondong (Machang).

“Kebanyakan negeri lain menggunakan air sungai, namun di negeri ini lebih banyak menggunakan sumber air bawah tanah,” katanya kepada pemberita pada majlis makan malam muhibah bersama media anjuran Jawatankuasa Tindakan Jurutera-Jurutera Air Daerah Se-Malaysia (JTJAD) di sini, malam tadi.

Tengku Iskandar berkata, teknologi rawatan air tanpa menggunakan bahan kimia ini digunakan bagi air bawah tanah dan kaedah ini sangat sesuai digunakan di negeri ini memandangkan kualiti tahap kebersihan air bawah tanah di Kelantan mencapai piawaian standard air minuman yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Kos operasi rawatan air yang menggunakan teknologi Ozon ini juga dapat dijimatkan sebanyak 80 peratus berbanding kaedah yang menggunakan bahan kimia yang menyebabkan penghasilan sisa rawatan yang banyak,” katanya.


Tengku Iskandar berkata, teknologi Ozon ini akan dibawa dan dibincangkan dalam persidangan JTJAD yang akan diadakan bermula 25 hingga 28 November ini di sini.

“Persidangan JTJAD kali ke-31 bertemakan ‘Land Use Development and Climate Changes’ merupakan julung kali diadakan di negeri ini dan kami menyasarkan penyertaan seramai 450 orang dari seluruh negara yang terdiri daripada jurutera, pembekal, perunding dan kontraktor yang berkaitan.

“Sebanyak 18 kertas kerja akan dibentangkan selama empat hari persidangan berlangsung dengan beberapa pengisian termasuk lawatan keluarga ke Tumpat; Kota Bharu; Narathiwat, Thailand dan juga lawatan teknikal ke LRA Pintu Geng untuk memberi peluang peserta melihat dengan lebih dekat teknologi Ozon ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori