Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Raja Jordan Ketuai Skuadron...

AMMAN — Seumpama filem Independence Day, kematian tragis Leftenan Muath Safi Yousef al-Kasasbeh membuat...

Syarikat Runcit Didakwa Simpan...

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat barangan runcit didakwa di Mahkamah Sesyen di sini...

4 Beranak Maut Langgar...

EMPAT beranak maut selepas motosikal yang dinaiki merempuh belakang lori rosak di Kampung Baru...

Pasangan Suami Isteri Di...

JOHOR BAHRU - Pasangan suami isteri yang dijangkiti virus Zika di negeri ini,...

6 Militan Maut Pertempuran Di Kashmir

SRINAGAR (Kashmir yang dikuasai India) – Sekurang-kurangnya enam militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir yang dikuasai India pada Jumaat, demikian menurut polis.

Pertempuran bermula awal pagi di Kampung Sutkipora Bijbehara di daerah Anantnag, kira-kira 48 kilometer selatan bandar Srinagar.

“Insiden berlaku selepas pasukan kerajaan mengepung kawasan tersebut, susulan maklumat risikan mengatakan adanya kehadiran militan,” kata seorang pegawai kanan polis Anantnag lapor agensi berita Xinhua.

Sebelum ini pada Selasa, empat militan dan komando serta dua orang askar cedera dalam serangan tembakan di daerah Shopian yang berjiran dengan Anantnag.

Sejak 1989, rantau itu menyaksikan perang gerila antara militan dan tentera India.

Kashmir menjadi rebutan antara India dan Pakistan selepas memperoleh kemerdekaan dari Britain, sejak itu tiga peperangan telah tercetus. – BERNAMA

Kategori