Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Rabies: Permintaan Lesen Anjing...

MIRI - Lonjakan permohonan lesen anjing susulan penularan wabak anjing gila atau rabies...

Rasuah: Buruh Rohingya Dipenjara...

MELAKA - Seorang buruh binaan etnik Rohingya hari ini dijatuhi hukuman penjara enam...

Burung Albatros Berusia 68...

HONOLULU, Hawaii – Seekor burung Albatros Laysan berusia 68 tahun telah bertelur buat...

‘Kepala Bapak’ Buat Dewan...

KUALA LUMPUR - Istilah 'kepala bapak' sekali lagi membawa kepada pertikaman lidah antara...

7 Maut, 11 Cedera Di Goshiwon

SEOUL – Tujuh penghuni sebuah kompleks studio tiga tingkat maut manakala 11 lain cedera dalam satu kebakaran awal pagi di ibu kota ini, kata pihak berkuasa bomba.

Walaupun Korea Selatan dianggap negara maju dari segi teknologi dan bangkit menjadi negara ekonomi terbesar ke-11 di dunia, ramai penduduknya masih bergelut meneruskan kehidupan.

Golongan berpendapatan rendah sering tinggal dalam bangunan studio kecil yang satu ketika dulu menjadi pilihan pemohon menyiapkan diri menghadapi pelbagai peperiksaan kerajaan, dikenali sebagai goshiwon, atau pusat peperiksaan.

Agensi berita Yonhap berkata, mangsa yang maut kebanyakannya buruh sambilan atau peniaga jalanan berusia 40-an hingga 60-an, tinggal dalam bangunan usang tanpa sistem pemadam api.

“Saya mendengar jeritan dan keluar. Saya melihat bangunan ditutupi asap dan api marak,” kata seorang ahli perniagaan berusia 61 tahun tinggal di seberang jalan kepada Yonhap.

Dengan struktur berselirat dan kaki lima sempit, bangunan goshiwon terkenal mudah terbakar, mencatat lebih 250 kebakaran sejak lima tahun lalu. – AFP/myMetro Online

Kategori