Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kabinet Lanjut Perjanjian Operasi...

KUALA LUMPUR - Perjanjian operasi (OA) Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah dilanjutkan...

6 Pengerusi MPP Sokong...

KUALA LUMPUR - Seramai enam orang Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPP) PKR telah...

PRK Pengkalan Kubor, Kemenangan...

NEW YORK - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan Barisan Nasional (BN)...

Arwah Pesan Jaga Syarikat,...

ADIK bongsu mangsa kemalangan maut di Kilometer 6.2 Lebuhraya DUKE, Muhammad Faizznur Asyraf...

Ada Golongan Dipinggir Kerajaan

SHAH ALAM – Persatuan pengguna akui ada beberapa perkara dan golongan yang dipinggir kerajaan dalam pengumuman Belanjawan 2019.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata nelayan, peneroka, penoreh getah sering mendapat perhatian kerajaan bagi mengurangkan beban mereka.

“Memang ada peruntukan tertentu diberikan kepada golongan seperti nelayan, penoreh getah, peneroka tapi kali ini tak ada lagi bantuan.

“Mereka ini juga golongan terbeban dengan kos sara hidup. Golongan ini boleh dikata terpinggir dalam Belanjawan 2019 kerajaan kali ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, beliau tidak menolak kerajaan menyentuh banyak sektor dalam belanjawan kali ini namun masih ada yang perlu ditambahbaik

“Dalam belanjawan kali ini tak banyak sentuh tentang golongan M40 yang kebanyakannya miskin bandar. Bantuan, inisiatif diumumkan memang dituju kepada B40, golongan yang memerlukan.

“M40 memang tak nikmati lagi bantuan atau subsidi terutama petrol yang melibatkan belanja besar bagi mereka yang bekerja,” katanya.

Beliau berharap kaedah kerajaan mengagihkan subsidi bersasar petrol mengambil kira pelbagai sudut.

“Subsidi bersasar untuk kenderan 1.5cc itu kerajaan kata berdasarkan pendapatan tapi kami harap bukan sekadar mengikut pendapatan tapi juga tanggungan.


“Maksudnya walau pendapatannya sampai RM5,000, RM6,000 tapi kalau melihat tanggungannya mungkin dia layak terima subsidi,” katanya.

Sementara Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan lebih mengamalkan pemberian subsidi secara ‘percuma’ tanpa usaha daripada rakyat.

“Ada kerajaan terlepas pandangan sedikit. Contohnya siubdisi diberi itu diberi sahaja sekali sekala tak apa lah seperti BR1M, itu pun dah lama.

“Sepatutnya subsidi diberi berdasarkan sedikit usaha. Hari ini macam tak payah buat apa boleh dapat subsidi juga.

“Contohnya, kerajaan minta rakyat tanam serai, halia, rambutan, kelapa atau bela ikan dan sebagainya. Ada hasilnya, tapi sekarang tak ada usaha, boleh dapat terus,” katanya.

Tambahnya, “kita tak mahu dapat percuma begitu sebab bimbang lama-lama ia jadi tak elok. Mengharap sahaja. Kalau ramai yang buat begini, ada hasilnya bukan sekadar beri subsidi saja.” – Sinar Harian Online

Kategori