Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

3 Dalang Kes Tipu...

KEPALA BATAS - Tiga lelaki, dipercayai antara dalang sindiket penipuan pelaburan membabitkan kerugian...

Sekurang-Kurangnya 3 Maut Akibat...

MANILA - Sekurang-kurangnya tiga maut dalam kejadian berkaitan Taufan Melor yang membadai tengah...

PKP 2.0: Rakyat Diminta...

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menyeru seluruh rakyat untuk bersabar dengan dugaan...

Bersih 4.0 Terima Dana...

KUALA LUMPUR - Hampir 1,000 rakyat Malaysia berketurunan Cina menyertai perhimpunan Bersih 4...

Ahli Perniagaan Miri Ditipu RM30K Oleh “Polis Johor”

MIRI – Seorang ahli perniagaan di sini kerugian RM30,000 selepas terpedaya dengan sindiket ‘Macau Scam’ yang menyamar sebagai polis dari Johor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata lelaki berusia 29 tahun tersebut menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mengaku ‘Koperal Asman’ yang memberitahu mangsa ada saman di Johor.

Saman tersebut adalah akibat kes kemalangan langgar lari melibatkan kereta sewa Proton Saga yang berlaku pada 19 Nov 2018 di Simpang Empat, Johor sedangkan mangsa berada di Miri pada tarikh berkenaan, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mustafa berkata mangsa disuruh menghubungi Balai Polis Johor Bahru di talian 073532124 untuk tindakan susulan selepas dikatakan maklumat peribadi mangsa digunakan oleh orang lain.

Mangsa menghubungi nombor yang diberikan dan selepas memaklumkan maklumat peribadi kepada wanita mengaku ‘Sarjan Selina’, mangsa diberitahu dia terlibat kes pengubahan wang haram dan pengedaran dadah bernilai RM2.28 juta melalui akaun sebuah bank.


Mangsa kemudian diminta menghubungi ‘Insp Max’ bagi mendapatkan bantuan dan suspek yang berkata waran tangkap telah dikeluarkan terhadap mangsa meminta lelaki itu memindahkan wang berjumlah RM30,000 daripada akaunnya ke akaun seorang individu lain untuk memeriksa sama ada duit itu bersih atau tidak.

Mangsa hanya menyedari ditipu selepas memindahkan wang tersebut melalui transaksi dalam talian dan membuat laporan polis semalam, katanya. – BERNAMA

Kategori