Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

3 Maut, 6 Cedera...

BELURAN - Tiga orang maut manakala enam lagi cedera dalam nahas membabitkan tiga...

Sains Bongkar Perbuatan Curi...

SEREMBAN - Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) membongkar perbuatan mencuri air...

3 PPS Dibuka Di...

Kota Kinabalu : Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pitas bagi menempatkan...

Kawalan Sempadan Melalui Kerjasama...

LABUAN - Kerjasama di kalangan agensi penguatkuasaan dalam mengawal keselamatan di sempadan telah...

Ahmad Zahid Terus Jalankan Tugas Presiden UMNO

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan meneruskan tugas-tugasnya sebagai pemimpin parti selepas pertikaian pendapat mengenai kedudukannya berikutan kes mahkamah yang dihadapi diselesaikan bersama barisan kepimpinan parti hari ini.

Katanya perbezaan pendapat dalam kepimpinan UMNO termasuk gesaan sayap Pemuda supaya beliau berehat untuk sementara waktu bagi memberi tumpuan kepada kes mahkamah, telah diselesaikan secara baik.

Katanya perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti yang antara lain bersetuju untuk mengukuhkan institusi kepresidenan dan bergerak ke depan untuk memperkukuh perjalanan parti.

“Perbezaan pendapat diletakkan titik noktah, kita harus bersama untuk terjemahkan kebersamaan kepimpinan UMNO semua peringkat dan menolak sebarang usaha untuk memecahkan parti dari luar atau dalam,” katanya selepas mempengerusikan MKT yang berlangsung selama tiga jam di sini.

Sebelum ini, Pemuda UMNO dilaporkan menggesa Ahmad Zahid Hamidi supaya bercuti dan berehat buat seketika daripada menjalankan tugas sebagai presiden parti sehingga kesnya di mahkamah selesai, sekali gus menumpukan usaha membersihkan nama di mahkamah.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datok, berkata Jelajah UMNO yang sedang berjalan di seluruh negara akan terus memberi penjelasan hala tuju parti sebagai gagasan pembangkang yang efektif dan konstruktif bersama rakan-rakan parti pembangkang lain.

Beliau juga mengulangi pendirian parti bahawa kesemua 48 anggota Parlimen UMNO akan kekal bersama parti walaupun ada desas-desus mereka akan melompat ke parti lain.


“Tiada keperluan untuk ketuk pintu orang lain atau ketuk pintu kami. Kami akan bergerak ke depan. Aset kami ialah anggota Parlimen yang akan kekal dengan kami,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata MKT membuat ketetapan menolak sepenuhnya komitmen kerajaan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana ia bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata UMNO akan mengadakan program pertama membantah ratifikasi ICERD di Pasir Salak pada 17 Nov ini.

“Pasir Salak akan menjadi tuan rumah. Saya akan berucap sepentas dengan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Kedua-dua parti jelas tolak ICERD,” katanya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor berkata rundingan melibatkan semua kaum akan dilakukan sebelum meratifikasi ICERD dan mengakui ia bukan perkara mudah memandangkan Malaysia merupakan negara dengan penduduk berbilang kaum dan masing-masing dengan kepentingan tertentu. – BERNAMA

Kategori