Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Jalan Sesak Orang Ramai...

PETALING JAYA – Ribuan pengguna jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan terpaksa menempuh...

Skim Bantu Golongan Muda...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka mengumumkan satu skim baharu sebagai pemudahcara urusan pinjaman...

Anggota Keluarga Suspek Utama...

KUALA TERENGGANU - Polis semalam menahan isteri, adik ipar, anak lelaki dan abang...

Tangkapan Anggota Polis Di...

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah merekodkan penurunan tangkapan anggota polis  bagi tempoh Januari hingga...

Ahmad Zukiman, Penulis Prolifik Tiada Patah Semangat

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama Ahmad Zukiman Mohd Zain, yang meninggal dunia petang tadi merupakan seorang penulis prolifik, yang tidak pernah bosan untuk menghasilkan karya.

Hasil tulisan Ahmad Zukiman bukan hanya menerusi pelaporan berita yang berbentuk ‘hard news’ malah melangkaui pelbagai bentuk penulisan seperti rencana dan santai penuh informatif, menerusi platform seiring dengan perkembangan pesat teknologi komunikasi maklumat dan media baharu seperti laman sosial.

Ahmad Zukiman, 57, sejak beberapa tahun lalu mempelbagaikan karyanya dan mengasaskan penulisan blog Bernamaians… di alamat http://bernamaians.blogspot.com/ , yang memuatkan perkembangan terkini di agensi berita nasional itu.

Bukan sahaja laman blog itu berkisar mengenai Bernama dan petugasnya, penulisan yang disiarkan Allahyarham menerusi laman dipercayai diwujudkan sejak 2013 (berdasarkan entri yang tercatat pada laman berkenaan), turut merentasi hal ehwal semasa antarabangsa serta peristiwa dan pengalaman menarik dilalui wartawan Bernama yang bertugas di luar negara.

Ahmad Zukiman, yang menghidap fibrosis pulmonari, sejenis penyakit paru-paru kronik, sejak beberapa tahun lepas, dimasukkan ke Hospital KPJ Tawakkal di Jalan Pahang pada Ahad lepas, setelah terjatuh di kediamannya di sini.

Berasal dari Pasir Mas, Kelantan, Ahmad Zukiman menyertai Bernama sebagai pemberita kadet pada 1980 sebelum dilantik menjadi Ketua Biro Melaka selama dua tahun mulai 1984.

Beliau merupakan pewarta Singapura dari tahun 1993 hingga 1996 dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama pada September 2007.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra, Kuala Krai dan Sekolah Rendah Simpang Lima (2) di Klang, Selangor sebelum melanjutkan pengajian ke Victoria Institution, Kuala Lumpur.


Seorang wartawan yang tidak lokek dengan ilmu kewartawanan, Allahyarham Ahmad Zukiman sering menasihati petugas bawahannya agar sentiasa berusaha memajukan diri dan meningkatkan ilmu pengetahuan.

Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi Massa (Kewartawanan) dari Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA) pada 1990 dan kemudian melanjutkan pengajian secara sambilan bagi memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia pada 2002.

Ahmad Zukiman berpeluang mengikuti Press Fellowship di University of Cambridge selama empat bulan pada akhir 2004.

Bakat yang dimiliki Allahyarham Ahmad Zukiman diwarisi anak sulungnya, Yasmin, yang merupakan wartawan di Bernama.

Allahyarham memiliki hobi unik mengumpul sampul surat hari pertama, yang disertakan dengan risalah mengandungi maklumat mengenai tema setem yang dipilih serta signifikan tema itu kepada negara.

Ahmad Zukiman mempunyai tiga orang anak dengan isteri pertama, Mariam Abdullah, yang meninggal dunia pada 2014 dan lapan anak tiri selepas berkahwin dengan Nik Rozana Nik Hassan pada 2015. – BERNAMA

Kategori