Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bajet: DPMM Harap Kaji...

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berharap kerajaan mengkaji semula peningkatan...

Pembangunan Sebelum Ini Bawa...

KUALA LUMPUR - Beberapa program pembangunan negara di bawah bekas seorang pemimpin sebelum...

4 Militan Maut Dalam...

RIYADH - Polis Arab Saudi menembak dua suspek militan manakala dua lagi meletupkan...

Bimbang Tak Mampu Tampung...

KUALA LUMPUR - Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) hari ini melahirkan kebimbangan kemungkinan peruncit...

Air Percuma Kepada B40 Tarik Perhatian ADUN PH Selangor

SHAH ALAM – Isu air percuma oleh Kerajaan Selangor yang hanya akan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) mulai tahun depan menarik perhatian beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan pada persidangan dewan itu hari ini.

Ronnie Liu Tian Khiew (DAP-Sungai Pelek) berkata golongan berpendapatan sederhana (M40) juga dilihat layak menjadi penerima manfaat bantuan air percuma itu kerana ramai juga dalam kalangan mereka terpaksa memikul tanggungan yang besar.

“Saya menyahut cadangan (pemberian air percuma kepada golongan B40) tapi kita angkat juga M40 sebagai golongan sasar yang boleh kita beri bantuan kerana jika tanggungan mereka besar, mereka pun macam orang miskin juga,” katanya ketika membahaskan ucapan Belanjawan Selangor 2019 oleh Menteri Besar Amirudin Shari pada persidangan DUN di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Mustain Othman (Amanah-Sabak) berkata walaupun jumlah pemberian air percuma dinaikkan kepada 25 meter padu tahun depan, namun ia dilihat ‘tidak baik’ untuk menambah undi kepada PH kerana sasaran penerima manfaat pula dihadkan.

Beliau mencadangkan pemberiran air percuma itu dikurangkan jumlahnya kepada hanya 15 meter padu sebulan dan disebar luaskan kepada semua rakyat supaya mereka dapat menikmatinya seperti sebelum ini.

“…dengan ini, lebih ramai rakyat akan terima air percuma (seperti sebelum ini) dan ramai lagilah undi PH, akan lama lagilah Barisan Nasional (BN) nak rampas Selangor.


“Itu cadangan saya. Biar dikurangkan kepada 15 meter padu tapi yang menerima itu lebih ramai jika dibandingkan 25 meter padu tapi hanya untuk golongan B40. Mudah-mudahan menteri besar setuju dengan cadangan saya,” katanya.

Pada pembentangan Belanjawan Selangor 2019 Jumaat lepas, Amirudin berkata program pemberian air percuma hanya diberikan kepada golongan B40 dan bukan lagi untuk seluruh isi rumah seperti mana yang dinikmati sejak 2008.

Katanya, penjajaran semula program tersebut adalah bagi memenuhi matlamat asal program untuk meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan kadar pemberiannya juga dinaikkan daripada 20 meter padu kepada 25 meter padu sebulan.

Persidangan DUN bersambung esok. – BERNAMA

Kategori