Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Khamis Keputusan Rayuan Najib...

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau...

Piala AFF Suzuki: Mufti...

MUFTI Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin harap jemaah menteri yang bermesyuarat...

Rakyat Malaysia Digesa Tampil...

KUALA LUMPUR - Kadar penderma sepanjang Ramadan menurun hampir 40 peratus menyebabkan Pusat Darah Negara (PDN) mengalami kekurangan bekalan darah terutamanya semasa Aidilfitri.Sehubungan itu,...

VIDEO: Pope Francis Terima...

POPE Francis telah menerima pizza daripada seorang individu ketika membuat lawatan di Naples, Itali...

Akademik British Dijel Seumur Hidup di UAE

AKADEMIK British, Matthew Hedges, 31 tahun, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup di Emiriyah Arab Bersatu selepas dikairkan dengan aktiviti perisikan di negara Teluk itu, kata jurucakap mewakili keluarganya.

Pengkaji mengkhusus pada kajian Asia Barat dari Universiti Durham ini ditahan pada 5 Mei oleh pihak berkuasa Dubai semasa meninggalkan lapangan terbang Dubai selepas satu lawatan kajian.

Hedges ditahan bersendirian selama hampir enam bulan atas dakwaan mengintip, tetapi dibebaskan dengan jaminan bulan lalu.

Nikita Bernardi, jurucakap keluarga Hedges berkata akademik itu dijatuhi “penjara seumur hidup selepas satu pendengaran tanpa beliau diwakili peguam.”

Isterinya, Daniela Tejada – yang hadir di pendengaran itu – berkata beliau amat terkejut dan suaminya “menggigil bila mendengar hukuman itu.”

“Seluruh kes ini ditangani dengan teruk sekali sejak permulaannya, tanpa ada sesiapa mengambil serius kes ini,” kata Tejada.

“Kerajaan British mesti menetapkan sikap demi Matthew, salah seorang rakyat mereka,” katanya lagi.


Menurut Tejada, tempoh enam bulan yang dilalui merupakan tempoh paling dahsyat selama hidupnya.

Katanya, beliau tidak tahu ke mana suaminya akan dibawa dan apa yang akan berlaku selepas ini.

Sementara itu, Setiausaha Luar UK, Jeremy Hunt berkata beliau amat terkejut dan kecewa dengan hukuman ini.

“Keputusan hari ini bukan sesuatu yang dijangka dari rakan dipercayai oleh United Kingdom, dan bertentangan dengan kata-kata sebelum ini” yang menjamin hasil positif, kata Hunt.

Beliau menambah yang kerajaan UK akan melakukan apa yang termampu untuk menyokong Hedges. – Agensi

Kategori