Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Pegawai Khas Dedah...

BEKAS pegawai khas kepada Menteri Kewangan II, Saiful Bahari Baharom menceritakan kisah bagaimana...

Anak Saya Diganggu Sejak...

JITRA - Bapa kepada pelajar wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam...

Facebook Cadang Keluarkan Mata...

WANGSHINGTON- Facebook Inc sedang berunding dengan regulator pasaran derivatif Amerika Syarikat, Suruhanjaya Dagangan...

PRK Pujut: SUPP Tolak...

KUALA LUMPUR - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berpegang teguh dengan prinsipnya yang...

Akaun FB ‘Cikgu Ros Bagan Serai’ Berbaur Rasis Disah Palsu

BAGAN SERAI – Akaun Facebook atas nama ‘Cikgu Ros Bagan Serai’ yang memuat naik status berunsur perkauman dan tular sejak Rabu lalu, adalah palsu dan sengaja diwujudkan pihak tertentu bagi tujuan yang tidak pasti, kata Ketua Polis Daerah Kerian, Supt. Omar Bakhtiar Yaacob.

Akaun Facebook berkenaan telah memuat naik gambar seorang guru wanita dan gambar Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai (SMKBS) berserta status berbaur perkauman.

Omar Bakhtiar berkata akaun tersebut adalah palsu yang gambar guru wanita itu bukan guru dari SMKBS, sebaliknya beliau dari Sekolah Kebangsaan Matang Gerdu, Bagan Serai manakala nama sebenarnya juga tidak sama dengan nama yang ditularkan.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan penularan akaun Facebook palsu yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab itu bertujuan untuk melaga-lagakan kaum.

“Sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat dan pihaknya masih menunggu hasil siasatan lanjut pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia mengenai kes tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Hasutan 1948, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan berikutnya boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

Susulan penularan itu, pihak sekolah SMKBS dan mangsa iaitu guru terbabit telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, semalam. – BERNAMA

Kategori