Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Anwar Pindah Ke Hospital...

KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah dipindahkan ke hospital penjara Sungai Buloh...

LIMA 2015 Buka Peluang...

LANGKAWI - Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA '15) membuka peluang...

Rakyat S’pura Pakat Separuh...

SINGAPURA – Puluhan pelanggan sanggup bermalam dalam keadaan separuh bogel di luar sebuah...

Media Sosial: Hukuman Berat...

KUALA LUMPUR - Kes hasutan melalui laman sosial seperti Twitter dan Facebook dijangka...

Akhlak Baik Dapat Hindari Masalah Sosial

KUCHING – Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Karim Rahman Hamzah berharap umat Islam di negeri ini sentiasa memperbaiki akhlak serta dapat meneguhkan jati diri.

Beliau berkata, contohi keperibadian Nabi Muhammad SAW dan jadikannya sebagai ‘role model’ agar masalah keruntuhan jiwa dan akhlak seperti kes buang bayi dan menderhakai ibu bapa dapat dihindari.

“Justeru itu melalui pameran Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad SAW ia dapat meningkatkan kefahaman kita. Kelahiran dan perutusan Baginda Nabi Muhammad SAW merupakan satu nikmat dan rahmat kepada seluruh alam… Kita sebagai umat wajar untuk sentiasa mengenang perjuangannya dalam menyebarkan Islam,” katanya ketika berucap pada perasmian Pameran Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad SAW yang bertemakan “Menyantuni Umat Membawa Berkat” di Muzium Islam Sarawak, Jalan P. Ramlee di sini, hari ini.

Pameran yang berlangsung selama tiga minggu itu turut diselitkan dengan beberapa aktiviti sampingan seperti bengkel, peraduan seni khat, kuiz, pelawat bertuah dan eksplorasi mencari harta karun untuk para pengunjung. – BERNAMA

 

Kategori