Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

2 lelaki Cedera Ditembak...

IPOH - Dua lelaki cedera ditembak dalam kejadian samun oleh sekumpulan lelaki di...

Selamat Selepas Hampir 20...

HULU TERENGGANU - Tiga pekerja sebuah syarikat swasta ditemui selamat selepas terkandas hampir...

Bantuan Kerajaan Kini Lebih...

KUALA LUMPUR - Bantuan daripada kerajaan kini diagihkan dengan lebih tersusun berbanding diberi...

“Sembang Semalam Hanya Tinggal...

BIDAS LAGI... Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin secara terbuka menyelar...

Alif Satar Tekad Tampil Terbaik Pada Ironman Langkawi

LANGKAWI – Selepas mencipta nama dalam dunia pengacaraan, nyanyian dan lakonan, Alif Satar kini bersemangat tinggi untuk membuat kejutan apabila bakal menyertai Kejohanan Ironman Langkawi 2018, Sabtu ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Sesungguhnya Aku’ itu, berkata beliau begitu teruja untuk menyertai kejohanan kategori 70.3 tersebut, sejak mula terlibat dalam dunia sukan ketika berusia 12 tahun.

“Saya mula belajar berenang semasa umur 12 tahun dan apabila mula terlibat dalam dunia seni saya terpaksa ketepikan minat itu. Tapi lama-kelamaan saya mula rasa rindu dengan dunia sukan.

“Jadi, saya mencuba nasib dengan menyertai Triathlon Pork Dickson tahun ini dan saya berjaya tamatkan kejohanan tersebut…mungkin itu jadi pendorong untuk saya mencuba Ironman Langkawi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini, menjelang Kejohanan Ironman Langkawi 2018.

Alif, 28, berkata dia yakin dapat menamatkan disiplin berenang dengan baik kerana itu merupakan kekuatan dirinya manakala bagi acara larian dan berbasikal, dia akan cuba memperbaikinya.

“Saya baru kayuh basikal tiga bulan lepas. Mungkin akan ada masa perasaan mahu mengalah itu muncul, tetapi hati dan semangat kuat yang ada pada saya ini akan pastikan saya mampu tiba di garisan penamat,” katanya.​​​​​​​

Saingan kategori 70.3 itu melibatkan tiga disiplin – berenang sejauh 1.6km, berbasikal 90km dan berlari 21.1km.​​​​​​​


Sementara itu, Atlet Terbaik Malaysia Kejohanan Ironman Langkawi 2017, Shahrom Abdullah tekad mahu mempertahankan gelaran tersebut untuk kali kedua pada tahun ini.​​​​​​​

Shahrom, 39, dari Kelantan berjaya menamatkan perlumbaan tahun lalu dengan catatan masa 10 jam 19 minit.

“Saya tidak sangka mampu rangkul gelaran tersebut kerana persiapan tahun lepas 50 peratus sahaja dan untuk tahun ini saya telah buat persiapan sejak tiga bulan lalu dan dapat tingkatkan latihan walaupun tidak 100 peratus.

“Saya harap cuaca kali ini sejuk seperti tahun lalu dan dapat mengekalkan kondisi badan dalam keadaan terbaik bagi membolehkan saya merangkul gelaran yang sama buat kali kedua berturut-turut,” katanya. – BERNAMA

Kategori