Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Penjual VCD Maut Kena...

KUANTAN - Seorang peniaga cakera padat maut akibat ditikam sembilan kali di hadapan...

Abu Mayat Mendiang Huat...

ALOR SETAR - Abu mayat mendiang Datuk Tan Huat Seang selamat tiba di...

Perjelas Siapa Biaya Kos...

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid mendesak agar...

Masalah Muara Cetek Sg....

MARANG - Menteri Besar Terengganu, Dr. Samsuri Mokhtar yang bertugas di hari kedua...

PAN Yakin Dapat Rampas Kelantan Pada PRU-15

JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (PAN) yakin akan dapat ambil alih pentadbiran negeri Kelantan pada pilihan raya akan datang berikutan perkembangan positif dari kalangan rakyat negeri itu terhadap Amanah ketika ini.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata parti itu kini menerima purata 10,000 keanggotaan baharu sebulan di seluruh negara dan yang paling ramai ialah dari Kelantan ketika ini.

“Disebabkan perkembangan itu, saya yakin pada pilihan raya umum ke-15 nanti, kita boleh mengambil alih pentadbiran di sana,” kata beliau dalam ucapan di Konvensyen PAN peringkat negeri Johor di Dewan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini malam tadi.

Turut hadir Pengerusi PAN Johor, Aminolhuda Hassan dan Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Datuk Osman Sapian.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Mohamad berkata negara-negara Arab perlu mengikuti contoh bagaimana negara-negara Asean bekerjasama dan memahami sesama sendiri.


Menurut beliau jika dilihat negara-negara Arab, penduduknya mempunyai bahasa dan kepercayaan yang sama, namun mereka tidak boleh bersama-sama, berbeza pula dengan Asean.

Katanya meskipun hanya Malaysia, Indonesia dan Brunei sahaja yang merupakan negara yang mempunyai penduduk yang majoriti Islam manakala yang lain adalah negara-negara bukan Islam, tetapi mereka masih boleh bekerjasama. – BERNAMA

Kategori