LOS ANGELES – Jumlah kematian akibat kebakaran hutan di California Amerika Syarikat meningkat kepada 42 orang, menjadikannya malapetaka paling dahsyat dalam sejarah negeri itu, lapor Xinhua.
Sebanyak 13 mayat ditemui pada Isnin di California Utara, kebanyakan mayat rentung dan sukar untuk dikenal pasti, kata Syerif Daerah Butte Kory Honea.
Beliau berkata lebih 200 orang masih hilang dan 117,000 ekar tanah musnah.
Timbalan Ketua Cal Fire, Scott McLean berkata tiupan angin dijangka berkurangan pada Isnin dan kelembapan mula meningkat, ia dapat membantu memudahkan usaha memadam kebakaran. – BERNAMA