Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Kenaikan Pangkat Perlu Lepasi...

PUTRAJAYA - Urusan pelantikan dan penempatan pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam termasuk ketua setiausaha...

‘Main’ 334 Kali Dengan...

DURJANA... Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang atas 334 pertuduhan sumbang mahram...

Kerajaan Serius Kuat Kuasa...

SEREMBAN - Kerajaan serius untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang untuk mewajibkan orang ramai mengasingkan...

Amaran Tegas AMK Kepada...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) memberi amaran kepada ahli UMNO supaya...

Amuk Di Hospital Angkara Putus Tunang

CHICAGO – Seorang lelaki yang berang selepas tunangnya membatalkan perkahwinan mereka bertindak menembak mati wanita itu yang juga seorang doktor sebelum membunuh seorang anggota polis dan pegawai farmasi dalam satu kejadian di sebuah hospital di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada tengah hari kelmarin itu, Juan Lopez yang bekerja di Pihak Berkuasa Perumahan Chicago pergi ke Hospital Mercy di sini untuk bertemu tunangnya, Dr Tamara O’Neal.

Saksi memberitahu, Lopez dan Tamara dilihat bertengkar di tempat letak kereta hospital berkenaan dan suspek dilaporkan mendesak wanita itu memulangkan semula cincin pertunangan mereka.

Pasangan itu dilaporkan merancang untuk berkahwin pada 27 Oktober lalu, tetapi Tamara membatalkan pertunangan mereka pada September lalu, sekali gus menyebabkan Lopez berang.

Kata saksi, selepas Tamara enggan menyerahkan cincin itu, Lopez bertindak menembak wanita itu sebanyak tiga kali.

Selepas membunuh kekasihnya itu, Lopez berdiri berhampiran mayat mangsa sebelum melepaskan tiga lagi tembakan.

“Saya nampak lelaki itu mengeluarkan pistol sebelum memusingkan badan dan menembak mangsa di dada sebanyak tiga kali.


“Sebaik wanita itu jatuh, lelaki itu menghampiri mangsa dan menembaknya tiga kali lagi,” kata seorang saksi.

Tidak cukup dengan itu, Lopez masuk ke hospital dan menembak mati seorang ahli farmasi, Dayna Less, 25.

Lopez juga menembak mati seorang anggota polis, Samuel Jimenez, 28, yang datang memberi bantuan, manakala seorang lagi anggota polis terselamat selepas tembakan yang dilepaskan suspek terkena pistolnya yang masih berada di pinggang.

Lopez yang bersembunyi di dalam hospital berkenaan kemudiannya maut selepas ditembak di kepala oleh anggota SWAT yang menyerbu masuk. – Agensi/myMetro Online

Kategori