Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ini Penjelasan Asfan Mengenai...

DAMANSARA: Penyanyi yang kini semakin dikenali dengan lagu berjudul Peristiwa, Asfan menafikan dakwaan...

Agong Berangkat Hari Ke-2...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berangkat menghadiri...

Annuar Pertahan Najib, Sindir...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menganggap Datuk Seri...

Rakyat Tolak Naratif Politik...

JOHOR BAHRU – Kemenangan calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen...

Anwar Sokong Kenyataan Daim Tapi…

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong kenyataan Tun Daim Zainuddin yang menasihatkan kerajaan supaya tidak berterusan menyalahkan kerajaan terdahulu.

Menurutnya, tidak perlu terlalu mengkritik kerajaan BN kerana rakyat mahu tahu perancangan semasa dan masa depan kerajaan baru.

“Apa dikatakan Tun Daim itu betul. Tak perlu jadi obsesi (salahkan kerajaan lepas) sebab rakyat nak tahunapa yang akan dibuat pada masa sekarang dan masa depan.

“Tapi itu tidak patut hentikan kita daripada berikan pandangan dan bukti berhubung kerajaan lepas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Tambahnya, beliau memahami mengapa menteri selalu bercakap perihal kerajaan lepas terutamanya dalam isu ketirisan dana kerajaan.

“Ada kes yang begitu kukuh, membuktikan disebabkan ketirisan kerajaan lepas, kerajaan baru perlu tanggung, hadapi masalah itu pada masa sekarang.


“Jadi, saya faham kenapa pemimpin dan menteri cakap perihal kerajaan sebelum ini,” ujarnya.

Daim dalam kenyataannya sebelum ini menggesa PH memberi tumpuan kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka dalam PRU14.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan menasihatkan PH melupakan perkara yang berlaku pada masa lalu.

Menurutnya, apa yang berlaku pada masa lalu adalah sejarah dan pentadbiran baru perlu berhenti menyalahkan kerajaan sebelum ini yang memerintah selama 61 tahun. – Sinar Harian Online

Kategori