Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Teliti Kenakan Larangan ‘Transgender’...

KEMAMAN - Kerajaan sedang meneliti untuk mengenakan larangan daripada memasuki masjid terhadap golongan...

Model Berbogel Di Tasik...

IMEJ kontroversi seorang wanita berbogel di tepi sebuah tasik suci di wilayah Tibet,...

18 Plaza Tol Guna...

KUALA LUMPUR - Kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya akan dilaksanakan di 18...

MyBas Dijangka Beroperasi Sebelum...

KANGAR - Perkhidmatan bas henti-henti (MyBas) ke seluruh Perlis dijangka beroperasi sebelum Hari...

Saudi Digesa Jelas Isu Larang Rakyat Palestin Tunai Haji

KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi digesa menjelaskan pendirian negara itu, berhubung laporan baru-baru ini yang melarang rakyat Palestin melaksanakan haji atau umrah.

Gesaan itu disuarakan Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) sebuah badan bukan kerajaan bebas.

“Kami berharap Kerajaan Arab Saudi mengumumkan secara rasmi bahawa berita itu tidak benar. Kami setakat ini masih belum mendengar sebarang penafian,” kata Pengerusi PCOM, Muslim Imran di sini Rabu.

Beliau berkata jika berita itu benar, ia sesuatu yang amat mengecewakan kepada rakyat Palestin, yang selama ini dicengkam penderitaan akibat pendudukan Israel.

Sebuah organisasi berita dalam talian berpangkalan di London, Middle East Eye pada minggu lepas mendakwa Arab Saudi “menyekat lebih satu setengah juta rakyat Palestin dari Israel yang menggunakan pasport sementara Jordan untuk menunaikan haji dan umrah”.

Laporan itu turut mengatakan tindakan tersebut adalah sebahagian dasar baharu Arab Saudi untuk berhenti mengeluarkan visa Haji dan Umrah kepada rakyat Palestin di Jordan, Lebanon, Baitulmaqdis dan Israel.


Langkah tersebut dilihat bakal menjejaskan 2.94 juta rakyat Palestin. Laporan itu kini menular ke agensi media lain.

Kerajaan Arab Saudi masih belum membuat kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan.

Setakat ini hanya Duta Besarnya ke Indonesia menafikan berita itu, seperti dilaporkan Agensi Berita Turki Anadolu.
BERNAMA

Kategori