Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penurunan Harga Cukai Jalan...

KUALA LUMPUR : Sebarang keputusan untuk menurunkan harga cukai jalan akan memberi impak...

Belum Sedia Tetap Harga...

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bersedia untuk menetapkan harga siling tambang penerbangan domestik...

Sarawak Sedia Peruntukan RM10.9...

KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak akan membelanjakan sejumah RM10.9 juta sebagai persediaan atlet...

Kes Saman Apandi –...

KUALA LUMPUR : Kes saman bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali...

Arkitek Didakwa Tipu Kontrak Ubah Suai Rumah

KUALA LUMPUR – Seorang arkitek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menipu seorang pesara berhubung kontrak pengubahsuaian bangunan.

Diramahadi Harun @ Che Din, 43, didakwa telah menipu Tan Chee Ping, 62, seorang pesara dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa tertuduh melakukan permohonan pelan rekaan pengubahsuaian kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak wujud sehingga mangsa memberi kontrak pengubahsuaian bangunan miliknya kepada tertuduh.

Tertuduh telah mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM142,786 kepada tertuduh dengan memasukkan wang itu ke dalam dua akaun bank iaitu CIMB dan Maybank, yang mangsa tidak akan berbuat begitu sekiranya tidak diperdayakan.

Bapa kepada empat anak itu didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 7648, Jalan Jinjang Aman 2, Jinjang Utara, di sini, antara 4 Julai 2017 dan 3 Ogos lepas mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Zulaaikha Mohd Apandi menawarkan wang jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin namun peguam Megat Syazlee Mokhtarom yang mewakili tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan ia terlalu tinggi selain tertuduh perlu menanggung keluarga.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan menetapkan 7 Dis untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori