Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

JDT Masih Cari Pengganti...

PETALING JAYA - Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) masih menilai beberapa...

Jumlah Sitaan Wang Tunai...

KUALA LUMPUR -  Jumlah sitaan wang tunai susulan penahanan 17 pegawai dan pengawal...

Hazami Pesan Supaya Nabil...

KONSERT pertama Gegar Vaganza 4, minggu lalu, mencetuskan satu isu panas apabila pengacara...

Kuantan FA Diarah Bayar...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan Persatuan Bola Sepak Daerah...

Art In The City Pamer 14 Karya Seni Tempatan

KUALA LUMPUR – Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA) dengan kerjasama

Kementerian Wilayah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara rasminya melancarkan Art In The City, pameran visual seni secara paparan luaran di sekitar ibu negara.

Art In The City bertujuan mempromosikan komuniti seni tempatan dalam mengekspresikan dan mempamerkan bakat mereka, sambil menjadikan seni lebih mudah diakses oleh masyarakat.

Kempen itu menampilkan 14 karya seni dari 13 pelukis ulung dan akar umbi yang mana karya mereka akan dipamerkan secara jelas di lokasi strategik di sekitar Kuala Lumpur.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA, Izan Satrina Mohd Sallehudin, berkata pihaknya berharap Art In The City akan menjadi platform dalam membangunkan dan mempromosikan ekonomi budaya.

Beliau berkata, CENDANA berharap kempen yang berlangsung selama enam bulan itu akan mengetengahkan dan memperkukuhkan lagi dunia seni tempatan.


“Sejajar dengan misi CENDANA untuk memupuk masyarakat seni tempatan, Art In The City adalah peluang bagi kami meningkatkan profil artis tempatan dalam mempamerkan bakat mereka,” katanya pada pelancaran Art In The City oleh Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad di sini, hari ini.

CENDANA juga bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Balai Seni Negara, LETRONICS, KL Citywalk, Permodalan Nasional Bhd, Lot 10, Bursa Malaysia Bhd, Wisma Maran, Maybank Foundation The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Wariscan dan KL Hop-On Hop-Off bagi menampilkan karya seni tempatan kepada khalayak sempena kempen berkenaan.

Antara kegiatan strategik yang akan dijalankan sempena Art In The City ialah lukisan mural, persembahan tradisional, forum seni visual untuk penggiat seni tempatan, bengkel seni di pejabat korporat dan pameran seni visual dengan kadar harga berpatutan. – BH Online

Kategori