Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Tiada Kenduri Syukur Rai...

SUNYI... Pada kebiasaanya apabila rai sesuatu tarikh penting, maka peserta akan ada paling...

3 Beradik Meninggal Dalam...

JAKARTA - Bukan seorang, tetapi tiga anak dalam sebuah keluarga besar di Makassar,...

Sektor Runcit Kembali Catat...

KUALA LUMPUR: Kuasa beli rakyat Malaysia dijangka kekal positif, yang boleh membawa kepada...

Isu Peralihan Kuasa PM...

PONTIAN - Isu peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan...

AS Belum Buat Kesimpulan Akhir Dalang Pembunuhan Wartawan

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Donald Trump semalam berkata ia belum membuat rumusan akhir mengenai siapa yang terbabit dalam kematian wartawan Jamal Khashoggi walaupun penilaian Agensi Perisikan Pusat (CIA) menyatakan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (MbS) mengarahkan pembunuhan itu.

“Laporan baru-baru ini menunjukkan kerajaan AS mencapai kata muktamad adalah tidak tepat.

“Masih ada banyak soalan yang tidak dijawab berkaitan pembunuhan Khashoggi,” kata jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert.

Nauert berkata, Jabatan Negara akan terus mencari fakta dan bekerjasama dengan negara lain untuk memastikan pembunuh wartawan itu bertanggungjawab di atas perbuatannya ‘sambil mengekalkan hubungan strategik penting antara AS dan Arab Saudi.

Sementara itu, Trump yang mengunjungi California semalam, membincangkan penilaian CIA itu menerusi telefon dengan pengarah agensi berkenaan, Gina Haspel, dan Setiausaha Negara, Mike Pompeo, kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Sanders.

CIA memberi taklimat kepada beberapa pihak lain dalam kerajaan termasuk Kongres, mengenai penilaian itu, kata sumber, perkembangan yang menyukarkan usaha Trump mengekalkan hubungan dengan sekutu utama Washington itu.


Sumber yang mengetahui penilaian CIA itu berkata, ia berdasarkan bukti keadaan berkaitan peranan utama putera itu dalam mengendalikan kerajaan Arab Saudi.

Ia adalah penilaian paling jelas setakat itu yang mengaitkan MbS dengan pembunuhan berkenaan dan bertentangan dengan penegasan putera itu tidak terbabit. — Reuters/BH ONLINE

Kategori