Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Populasi Malaysia 32.75 Juta...

PUTRAJAYA - Jumlah penduduk Malaysia dianggarkan seramai 32.75 juta pada suku pertama 2021,...

Miss Zimbabwe Dilucutkan Gelaran...

Zimbabwe – Gara-gara gambar bogel tersebar di WhatsApp, Emily Kachote, 25, telah digugurkan...

Tindakan Zahid Serah Tanggungjawab...

KUANTAN - Keputusan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Timbalan Presiden...

Gambar: Detik-Detik Bahagia Keluarga...

BERITA bakal menimang dua cahaya mata tahun ini apabila isteri pertama dan kedua...

AS Sekat 17 Warga Arab Saudi

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ekonomi terhadap 17 warga Arab Saudi yang dipercayai terbabit dengan pembunuhan kejam wartawan, Jamal Khashoggi, termasuk pembantu kanan Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Sekatan itu diisytiharkan selepas pendakwa raya Riyadh mengumumkan lima pegawainya mungkin berdepan hukuman mati.

“Pegawai Arab Saudi yang dikenakan sekatan, terbabit dalam pembunuhan kejam Jamal Khashoggi. Individu yang mensasarkan dan membunuh kejam wartawan yang menetap dan berkerja di AS itu perlu berdepan akibat daripada perbuatannya,” kata Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin.

17 individu terbabit termasuk pembantu kanan putera mahkota, Saud Al-Qahtani dan Maher Mutreb serta konsul jeneral konsulat Istanbul ketika Khashoggi dibunuh, Mohammed Alotaibi.

Sekatan yang tertakluk di bawah Akta Akauntabiliti Hak Asasi Manusia Global Magnitsky AS itu, membekukan sebarang aset yang dimiliki oleh individu yang disenaraihitamkan di bawah bidang kuasa AS, dan melarang orang Amerika dan syarikat AS berurus niaga dengan mereka. – AFP/BH ONLINE

Kategori