Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Allahyarham Ayahanda Sentiasa Dalam...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ayahandanya, Allahyarham...

“Kalau Nak ‘Tackle’ Wany,...

NAMA, Wany Hasrita mungkin tidak asing lagi dalam kalangan peminat seni tanah air. Penyanyi...

Kes Culik: LKIM Terima...

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berterima kasih kepada usaha Perdana...

Kadar Tol Lebuhraya Lingkaran...

KUALA LUMPUR - Kadar tol di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) akan dinaikkan...

Australia Belanja A$3 Bilion Sekat Pengaruh China Di Pasifik

AUSTRALIA memulakan program menyaingi pengaruh ekonomi China di Pasifik dengan bantuan bernilai hingga A$3 bilion kepada negara-negara jirannya.

Canberra akan menawarkan geran dan pinjaman dengan faedah rendah untuk membina infrastruktur, kata Perdana Menteri Australia Scott Morrison hari ini.

China semakin melebarkan pengaruh di negara-negara kecil Pasifik yang berjiran dengan Australia.

Negara-negara ini berada di lokasi meliputi kawasan laut luas yang kaya dengan sumber semulajadi.

China telah membelanjakan AS$1.3 bilion dalam bentuk pinjaman konsesi dan bantuan sejak tahun 2011, menjadi penderma kedua terbesar di rantau Pasifik selepas Australia.

Bantuan China ini menimbulkan kebimbangan yang negara-negara Pasifik ini akan terbeban dan berhutang dengan Beijing.

“Kerajaan yang saya pimpin kini kembali meletakkan rantau Pasifik di tempat sepatutnya, di barisan hadapan,” kata Morrison semasa melancarkan inisiatif baharu Pasifik ini.

“Ini ialah kawasan kita. Ini kedudukan kita di dalam dunia,” katanya lagi.


Kata Morrison, Australia akan menubuhkan sebuah dana infrastruktur bernilai AS$2 bilion untuk melabur dalam telekomunikasi, tenaga, pengangkutan dan projek bekalan air.

Australia juga akan memberikan dana tambahan A$1 bilion kepada cabang pelaburannya yang menawarkan pinjaman kepada syarikat swasta yang tidak dapat meminjam daripada pemberi pinjaman tradisional untuk melabur di Pasifik.

Morrison juga berkata Australia akan menambah kehadiran diplomatik dengan menambah kakitangan diplomasi di Palau, Kepulauan Marshall, Polynesia Perancis, Niue dan Kepulauan Cook.

Pada masa yang sama, Australia juga akan mengukuhkan hubungan pertahanan dan keselamatan dengan pulau-pulau di Pasifik melalui latihan bersama.

Hubungan Australia dengan China semakin merosot kebelakangan ini selepas Australia menuduh China campur tangan dalam hal ehwal domestiknya akhir tahun lalu.

Pada Mei lalu, Australia mengumumkan akan membelanjakan sekitar A$200 juta untuk membangunkan kabel internet bawah tanah ke Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon ketika timbul kebimbangan terhadap ancaman keselamatan dari syarikat China, Huawei Technologies Co Ltd. – Reuters

Kategori