Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Kesal Sikap...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar kesal dengan sikap segelintir masyarakat...

Cecair Rokok Elektronik Berbahaya...

KUALA LUMPUR - Penggunaan rokok elektronik atau vape adalah berbahaya disebabkan kandungan nikotin...

Daesh: Peniaga Dipenjara Berjumlah...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga dihukum penjara berjumlah 23 tahun oleh Mahkamah Tinggi...

Ketua Narkotik IPD Baling,...

BALING - Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Baling dan isterinya maut dalam...

Australia Lancar Khidmat Hantar Dron Mulai 2019

CANBERRA – Perkhidmatan penghantaran dron yang pertama dijangka mula beroperasi tahun depan, sekali gus menjadikan Australia “negara paling maju di dunia”.

Wing, anak syarikat induk Google Alphabet, pada Khamis mengumumkan perkhidmatan pengiriman penghantaran ke rumah menggunakan dron akan dilancarkan di Australia Capital Territory pada 2019.

Menurut agensi berita Xinhua, dron dengan kelajuan sehingga 125 kilometer sejam itu akan menghantar bungkusan ke rumah yang terletak dalam jarak lima kilometer dari syarikat yang berpangkalan di Mitchell, di pinggir utara Canberra.

Ketua Pegawai eksekutifnya James Ryan Burgess berkata, dron itu direka dengan 12 rotor dan boleh membawa muatan sehingga 1.5 kilogram.

Perkhidmatan dron berkenaan akan dikawal selia oleh pengendali yang berada di lapangan.


Sehingga 30 jenis perniagaan dijangka mengambil bahagian dalam percubaan pertama itu.

Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam telah bekerjasama dengan Wing sejak tahun 2014 untuk memastikan keselamatan dan hasil percubaan akan digunakan bagi menghasilkan peraturan dron pada masa depan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dron

Kategori