Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Kota Kinabalu Catat Kenaikan...

KOTA KINABALU: Daerah Kota Kinabalu mencatat kenaikan mendadak kes COVID-19 di Sabah dengan...

Pemansuhan UPSR, PT3 Jadikan...

KUALA LUMPUR : Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga...

Pemandu Grab Didakwa Rogol,...

SEORANG pemandu sambilan Grab mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Butterworth atas...

Polis Siasat Dua Lelaki...

IPOH - Polis sedang menyiasat kejadian dua individu yang bergaduh menggunakan topi keledar...

Banjir Di Dungun Akibat Longkang Tersumbat – APM

DUNGUN – Punca banjir kilat di dua buah kampung di sini dikesan berpunca daripada longkang tersumbat.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Lt Kolonel Che Adam A. Rahman berkata Kampung Temiang dan Kampung Kubang Putat menghadapi masalah sistem perparitan dan sentiasa mengalami banjir saban tahun.

“Banjir kali ini kecil sahaja dan agak bernasib baik sebab tidak bertembung dengan air pasang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat pusat penempatan banjir di Dewan Sivik Seberang Pintasan di sini hari ini.

Setakat ini, seramai 42 mangsa ditempatkan di situ melibatkan 12 keluarga.

Che Adam sempat mengingatkan orang ramai agar berwaspada berikutan hujan lebat yang dijangka berterusan sehingga esok.

Sementara itu, seorang ibu tunggal Jowariah Embong, 49, berkata beliau mula berpindah pada kira-kira 1.30 pagi tadi selepas mendapati rumahnya dimasuki air dan bimbang keselamatan dua anaknya yang berusia 12 dan lapan tahun sekiranya keadaan semakin buruk apatah lagi apabila mendapati jiran-jiran di Kampung Temiang itu turut berpindah.


Katanya, Kampung Temiang adalah kawasan penempatan golongan miskin dengan kebanyakannya tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Seorang lagi mangsa yang juga warga emas, Hindun Che Mat, 68, berkata beliau mula bergegas keluar rumah apabila air sudah sampai ke paras lutut dengan dibantu saudara terdekat.

Beliau yang berasal dari Kampung Temiang berkata, meskipun berdepan situasi yang sama sejak tinggal di situ lima tahun lalu, sikap berhati-hati masih menjadi keutamaannya dan beliau sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa untuk berpindah.

“Saya berharap keadaan ini tidak lama dan sudah menjadi rutin kami di sini berdepan banjir ini tetapi dalam usia yang meningkat terasa agak sukar untuk membersih rumah yang kini bergenang dengan air longkang,” katanya ketika ditemui Bernama. – BERNAMA

Kategori