KUANTAN – Keadaan banjir di Temerloh tidak berubah pada pagi ini, dengan 84 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, semua mereka yang terdiri daripada 26 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Batu Kapor.
PPS itu dibuka lewat malam kelmarin, selepas kampung itu dilimpahi air Sungai Semantan ekoran hujan lebat berterusan selama beberapa jam. – BERNAMA