Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pengasuh Makan Sebelum Serah...

SEORANG pengasuh membunuh seorang bayi lelaki kemudian membawanya ke sebuah restoran McDonalds sebelum...

Penyanyi 60-an M.Y. Shamsudin...

TAKZIAH... Penyanyi era tahun 1960-an, M. Y. Shamsudin, 78, meninggal dunia di Pusat...

Telefon Bimbit Pemimpin BN...

KUALA LUMPUR - Telefon bimbit milik beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) menerima serangan...

Nilai Seni Penanda Aras...

KUALA LUMPUR — Tidak ada negara yang boleh mengaku sudah menjadi sebuah negara...

Banjir Kilat: Empat Pusat Pemindahan Dibuka Di Melaka

MELAKA – Empat pusat pemindahan sementara dibuka di Alor Gajah susulan banjir kilat selepas hujan lebat melanda sejak 1.30 pagi tadi yang turut menyebabkan beberapa kawasan lain di negeri ini dinaiki air.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata empat pusat pemindahan banjir yang dibuka itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Jelatang, Balai Raya Gadek, SK Lesung Batu dan Balai Raya Kampung Panchor.

“Setakat 12 tengah hari ini, seramai 73 orang penduduk melibatkan 18 keluarga dari 15 kampung yang terjejas termasuk Kampung Gadek, Tanjung Rimau Luar, Kampung Padang Sebang dan Kampung Bukit Mechat ditempatkan di pusat pemindahan banjir sementara tersebut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Effendy yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka berkata cuaca di seluruh negeri dilaporkan mula cerah, namun paras air di beberapa sungai di daerah Alor Gajah sudah mencapai paras bahaya.

Katanya agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pejabat Daerah sedang memantau keadaan dan akan memaklumkan keadaan dari semasa ke semasa. – BERNAMA

Kategori