Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Nak Pakai, Pakai, Tak...

BUKANLAH cerita baharu sebenarnya mendengar pengusaha butik pengantin atau perancang perkahwinan melakukan kesalahan...

5 Pelakon Arwah, Saiful...

PUTRAJAYA - Pelakon dan pelawak Saiful Apek meluahkan harapan untuk melihat filem pertama...

Jangan Buat Penyambungan Elektrik...

TAWAU - Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan aktiviti pendawaian elektrik secara haram...

Mesyuarat ASEAN Bakal Diadakan...

VIENTIANE : Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun hadapan akan mengadakan mesyuarat serantau di...

Banyak Beza Demo Bantah ICERD Dengan Bersih

JANGAN samakan himpunan secara aman bantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dengan demonstrasi haram Bersih.

Demikian tegas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dengan dedah perhimpunan Bersih dianjurkan Pakatan Harapan (PH) dahulu semasa menjadi pembangkang adalah demonstrasi jalanan hiruk-pikuk.

Ia malahan ganggu-gugat kepentingan awam apabila kehidupan harian rakyat terutama peniaga terjejas teruk dan tindakan provokasi peserta yang jelas biadab apabila cabar pihak berkuasa dengan sengaja ingkari undang-undang.

“Ini jauh berbeza dengan himpunan aman bantah ICERD. Ia tidak ada provokasi kepada kaum, tiada hentam mana-mana kaum… jadi apabila tidak ada provokasi, kenapa kerajaan PH perlu bimbang ada rusuhan dan pergaduhan.

“Tidak ada… kalau hendak ‘bergaduh’ pun dengan pihak kerajaan PH sahaja sebab kerajaan inilah yang mahu tandatangani ICERD. Jadi, jangan salah anggap. Perhimpunan aman ini adalah dari semua lapisan masyarakat.

“Ia bukan sahaja dari golongan orang politik tetapi rakyat biasa yang beragama Islam. Tidak ada tujuan untuk cuba mengganggu-gugat kepentingan mana-mana pihak,” ujar Tajuddin dipetik laporan oleh portal UMNO-Online.


Tambah beliau, umat Islam, kelompok majoriti Bumiputera serta anak-anak Sabah dan Sarawak berhak untuk bersuara apabila mereka menyedari ratifikasi ICERD bakal membawa kesan buruk kepada diri mereka sendiri.

“Kalau konvensyen ini ada kesan buruk, sudah pasti mereka ini juga ada hak untuk menolaknya dan bagaimana mahu menolaknya? Ia adalah melalui bersuara dan bukan bersuara berseorangan tetapi secara berkumpulan.

“Seluruh rakyat yang berasa akan menerima kesan buruk daripada ratifikasi ICERD ini perlu bangkit dan tunjuk bantahan. Bukan untuk bergaduh tetapi untuk menunjukkan bantahan,” jelas beliau lagi. – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • ICERD

Kategori