Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Veteran UMNO Gembira Dengan...

TUMPAT - Seorang pesakit kronik Said Sulaiman, 64, yang berjuang dalam Umno selama...

PAN Mahu JAIS Tahan...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)...

GAMBAR: Inikah Rekaan Proton...

SEBUT sahaja Proton Saga, pasti terlantas di fikiran anda sebuah kereta basic yang...

‘Tangan Kiri Ayah Pernah...

BUKAN sahaja seorang yang prihatin dengan isu-isu semasa, malah Abdul Rani Kulup Abdullah...

Bapa Jehan Miskin Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Pelakon, Jehan Miskin, 38, kehilangan bapa tercinta yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, jam 10.35 malam tadi.

Profesor Miskin Pakir Mohamad yang juga bekas pensyarah meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Jehan berkata, arwah pergi dalam keadaan tenang, malah mereka sekeluarga bersyukur dapat bersamanya pada saat terakhir perjalanan hidupnya.

“Arwah adalah insan yang mempunyai jati diri paling tinggi, jujur, berkarisma, penuh semangat dan sangat menikmati kehidupan.

“Arwah membentuk saya menjadi lelaki seperti hari ini. Tanpanya, saya bukan siapa-siapa. Kami sangat bertuah berada di sisinya pada saat terakhir,” luah Jihan menerusi Instagram.


Menerusi kenyataan yang sama, bintang Qaisy & Laila juga meminta orang ramai berdoa dan bersedekah al-Fatihah buat arwah ayahnya.

“Kami cuma meminta doa anda semua dan sedekahkan al-Fatihah supaya arwah tenang bersemadi di sana. Papa, kamu sudah bebas sekarang.

“Kami menyayangimu sampai bila-bila, terbanglah bebas dan sampai kita berjumpa lagi,” katanya lagi. – BH Online

Kategori