Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kantoi! Mahathir Tersasul Seru...

TERSASUL... Setelah berjaya diiktiraf Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai calon tertua Pilihan Raya...

“Malam Yang Akan Diingat...

WAYNE Rooney tidak dapat menahan sebak selepas aksi perlawanan persahabatan England bertemu Amerika...

Bayi 11 Bulan Meninggal...

Bayi lelaki berusia 11 bulan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri ketika...

K’jaan Sabah Serah Sumbangan...

KOTA KINABALU - Kerajaan Negeri Sabah menyerahkan lima kenderaan pacuan empat roda jenis...

“Barat Dan Sekutu Berkomplot Jatuhkan Turki”

ILMUAN Islam terkemuka, Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam ucapannya Sabtu lalu mendakwa Barat berkomplot untuk menyekat kemajuan Turki.

Qaradawi menyatakan demikian dalam perhimpunan Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang sedang berlangsung di Istanbul.

Kenyataan Qaradawi ini menaikkan imej baik Turki pada masa ia sedang dalam krisis dengan Arab Saudi berhubung kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di Istanbul.

“Turki sedang menghadapi komplot antara negara yang tidak mahu melihatnya (maju), dan pihak Barat,” kata Qaradawi, pengerusi Kesatuan Ulama yang berpangkalan di Qatar, sekutu rapat Turki.

“Mereka mungkin boleh berjaya tetapi Allah menyokong Presiden Recep Tayyip Erdogan dan saudaranya,” katanya.

Tambahnya lagi, Allah bersama Erdogan dan membantunya menang bersama-sama Muslim sejati yang turut bersama.


“Turki ditentang kerana ia mempertahankan umat Islam,” kata Qaradawi lagi, sambil memuji kemajuan Turki di bawah Erdogan.

Perhimpunan Kesatuan Ulama ini menghimpunkan 1,500 orang ulama dan sarjana Islam dari seluruh dunia dan berlangsung hingga Khamis.

Qaradawi telah mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi, dan pemilihan kepimpinan baharu akan diadakan. – Agensi

Kategori