Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Sistem SPIM Digodam, Tekun...

JOHOR BAHRU - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional membuat laporan polis...

Elaun Kos Sara Hidup...

BUTTERWORTH – Kementerian Pendidikan masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan...

Akhirnya.. Fara Fauzana Akui...

LEBIH senang berdiam diri, kisah kehidupan peribadi pengacara dan penyampai radio terkenal, Fara...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini,...

Bekas Pegawai Polis Didakwa Tipu 2 Pesara Kerajaan

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menipu dua pesara kerajaan berhubung jual beli hartanah, dua tahun lalu.

Ab Gani Che Man, 68, yang bersara dengan pangkat DSP didakwa telah menipu Mohamad Ali Abdullah dan Azman Yahya, dengan memperdayakan mereka bahawa tertuduh seorang peguam yang bertauliah dan boleh mengendalikan urusan jual beli harta sehingga mendorong mangsa untuk menjual satu unit kedai dengan harga RM680,000 yang mana mereka tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan.

Lelaki itu dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah premis di tingkat 1, Jalan 1/76C, Desa Pandan, di sini pada 18 Ogos 2016 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dia turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan alternatif iaitu sebagai orang yang mempunyai kuasa yang diamanahkan dengan wang berjumlah RM680,000, telah melakukan pecah amanah terhadap wang itu di Firma Guaman Messrs Ab Gani Che Man & Co, di alamat serupa antara 20 Mac 2017 dan 28 April 2017 mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 14 tahun dan dengan sebat dan boleh juga didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim menawarkan wang jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin mengambil kira tertuduh berdepan dengan tuduhan serius yang membawa hukuman mandatori penjara.


Peguam N. Kalyana Sundaram yang mewakili tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan tertuduh telah menjadi peguam selama 20 tahun selepas bersara sebagai pegawai polis dan kini berusia hampir 70 tahun dengan keadaan kesihatannya yang tidak berapa baik serta kewangan yang teruk.

Hakim Zamri Bakar membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta menetapkan 16 November untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori