Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Gemuk Dedah Perkahwinan...

Seorang wanita di Britain yang gemuk berjaya mendapat inspirasi untuk mengurangkan berat badan...

TAK MALU!! Nak Tambah...

ALAHAI, ini namanya jantan tak sedar dek untung! Buat malu kaum Adam sahaja.Apa...

Kesuma Booty Meninggal Dunia

PENGGIAT muzik tanah air, Kesuma Booty meninggal dunia pada usia 69 tahun, hari...

Hishammuddin Bakal Setiausaha Agung...

KUALA LUMPUR - Khabar angin Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussien bakal...

Tidak Matang Bekas Pemimpin ‘Berlakon Sakit’

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak memperlekeh dan menyebarkan gambar beberapa bekas pemimpin yang kini berdepan pendakwaan di mahkamah dengan menyatakan mereka ‘berlakon sakit’.

Beliau berkata tindakan seperti itu tidak mencerminkan kematangan dalam berpolitik dan budaya sebagai rakyat Malaysia.

“Kita seharusnya mendoakan sesiapa sahaja yang sakit disembuhkan segera dan bukannya memperlekehkan mereka,” kata Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertahanan dalam kenyataan hari ini.

Gambar-gambar yang dipaparkan di media sosial itu menunjukkan bekas-bekas pemimpin berkenaan antara lain dalam keadaan terlantar di katil hospital dan ada yang menggunakan kerusi roda.

Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan menyerahkan kepada proses undang-undang dan mahkamah untuk bertindak secara bebas dan adil dalam menghakimi kes-kes berkenaan. – BERNAMA

Kategori