Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pegawai Perubatan Kontrak Baharu...

PUTRAJAYA - Kabinet hari ini memutuskan Pegawai Perubatan Gred UD41 lantikan kontrak baharu...

LKS, LGE Sila Jaga...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menasihatkan Lim Kit Siang...

Menteri Muda Sarawak Nafi...

MIRI - Anggota Dewan Undangan Negeri Senadin, Datuk Lee Kim Shin menafikan khabar...

Kos Sara Hidup Di...

KUALA LUMPUR - Kos sara hidup di Malaysia adalah yang terendah dalam kalangan...

Bekas Tentera Didenda RM10K Kes Aniaya Anak OKU

MELAKA – Seorang bekas tentera didenda RM10,000 atau dua bulan penjara selain dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menganiayai anak lelakinya yang juga seorang kelainan upaya pada Mei lepas.

Hukuman itu diputuskan Hakim Elesabet Paya Wan ke atas lelaki berusia 48 tahun berkenaan yang mengaku menganiayai dari segi fizikal terhadap mangsa berusia 11 tahun dengan menghantuk kepala dan muka kanak-kanak tersebut ke tembok pagar rumah sehingga menyebabkan muka, mata dan kepalanya bengkak dan lebam.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Bukit Katil di sini antara 3 dan 6 petang, 2 Mei lepas, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda hingga RM50,000 atau kedua-duanya serta bon berkelakuan baik.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mazuin Hashim memohon hukuman setimpal ke atas tertuduh supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat agar berpada-pada dalam mendidik anak.


“Sebagai bapa, tertuduh sepatutnya melindungi kanak-kanak itu lebih-lebih lagi kanak-kanak OKU dan bukan memukul sehingga meninggalkan kesan dalam,” katanya.

Bagaimanapun, bapa lima anak yang tidak diwakili peguam tersebut memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia mengakui kesilapan yang dilakukannya dan memaklumkan tindakannya hanyalah sebagai pengajaran kepada anak bongsunya itu dan bukan berniat mendera.

Mengikut fakta kes, laporan berkenaan dibuat oleh guru sekolah kanak-kanak tersebut selepas mendapati kesan lebam serta luka yang teruk di bahagian mata kanak-kanak OKU sumbing dan sengau itu ketika dia hadir ke sekolah. – BERNAMA

Kategori