Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ibu Tunggal Bayar RM187...

MARANG - "Seronoknya bukan kepalang apabila diberitahu saya dapat rumah sendiri dengan bayaran...

Gaya Santai Sultan Brunei...

BANDAR SERI BEGAWAN - Jika di Malaysia kecoh apabila ada tokoh pro-Pakatan Harapan...

Balak Hanyut Punca Utama...

KUALA KRAI - Kejadian jambatan pecah dan roboh sehingga masyarakat pedalaman terputus hubungan...

Tradisi Masak Bubur Asyura...

MELAKA - Bubur Asyura sinonim dengan tanggal 10 Muharam dan sudah menjadi kebiasaan...

Belanda Henti Sementara Visa Di Pakistan

ISLAMABAD – Pihak berkuasa Belanda menghentikan sementara perkhidmatan visa dan pasport di Pakistan, tetapi Kementerian Luar Negeri hari ini menafikan bahawa kedutaannya ditutup atas faktor keselamatan selepas pihaknya memberikan perlindungan kepada peguam kepada kes wanita Pakistan beragama Kristian yang menghina agama Islam.

Awal bulan lalu, parti radikal Islam di Pakistan menyekat jalan raya dan menyeru hakimnya dibunuh selepas Mahkamah Agung pada 31 Oktober lalu membebaskan Asia Bibi, seorang ibu kepada lima anak yang disabitkan hukuman mati, lapan tahun lalu.

Susulan keputusan itu, peguam Bibi, Saiful Mulook melarikan diri ke Belanda selepas diancam bunuh.

Khamis lalu, kerajaan Belanda berkata pihaknya menawarkan perlindungan sementara kepada Mulook.

Menurut kenyataan kerajaan Belanda di kedutaannya di Pakistan yang dikawal ketat, pihaknya menghentikan pengeluaran visa sementara disebabkan ‘keadaan tidak dapat dikawal’.


Sementara itu, media Pakistan melaporkan bahawa kedutaan Belanda terpaksa ditutup kerana menerima ancaman, namun Kementerian Luar Negara Belanda mengatakan laporan penutupan kedutaannya adalah tidak benar.

“Kedutaan Belanda di Pakistan masih dibuka,” kata kementerian itu.

Bibi, 53, disabitkan bersalah kerana menghina Islam pada 2010 di mana dia dijatuhkan hukuman mati di Pakistan. –Reuters.

Kategori