Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sah Azmin Tanding Di...

KUALA LUMPUR - Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin...

Elaun Khas RM200 Untuk...

KUALA LUMPUR - Seramai 13,342 anggota bomba dan penyelamat seluruh negara bakal menerima...

Orang Minyak Warga Bangladesh...

KUALA BERANG - Malang tidak berbau! Seorang pekerja warga Bangladesh bertukar menjadi orang...

Ibu Dan Anak Antara...

SEREMBAN - Ibu dan anak antara lapan yang ditahan Isnin lepas kerana dipercayai...

Belanjawan 2019 Perak Dibentang 27 November

IPOH – Kerajaan negeri Perak akan membentangkan Belanjawan 2019 pada 27 Nov ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata kerajaan negeri akan memastikan belanjawan tersebut dapat menampung perkara yang benar-benar memerlukan tindakan.

“Saya berharap sektor pelaburan dan industri dapat diberikan tumpuan bagi membolehkan pelbagai program berkaitan dapat dilaksanakan sebagai usaha menarik pelabur ke negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kejadian ribut di Kampung Rapat Jaya Tambahan di sini, hari ini.

Bercakap mengenai lawatan itu, Mohammad Nizar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat berkata sembilan rumah dan sebuah surau di kampung tersebut mengalami kerosakan dalam kejadian hujan lebat serta ribut kira-kira pukul 5 petang, Sabtu lepas.

Katanya sebanyak RM10,000 hingga RM12,000 peruntukan diperlukan untuk membaik pulih rumah dan surau yang terjejas.

“Tabung bencana yang disediakan di pejabat daerah, bantuan daripada kerajaan negeri, pejabat ADUN Sungai Rapat, akan disalurkan untuk membantu mangsa yang terlibat,” katanya. – BERNAMA

Kategori