Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video: LUCU.. Wanita Silap...

RUPA-rupanya ada cerita menarik berlaku ketika berlangsungnya sidang media pengumuman majlis perkahwinan pasangan...

Hina Lagu Negaraku: Tak...

Tindakan menghina lagu kebangsaan yang dimainkan di panggung wayang sempena hari kemerdekaan dan...

Video: Amboi.. Aksi Pak...

Rasa bagai tidak lengkaplah majlis perkahwinan masa kini kalau tak dimeriahkan lagi dengan...

Polis Perlis Anjur Derma...

KANGAR - Sempena sambutan Hari Polis ke-211,​ Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis​​​​...

Belanjawan 2019 PH Hanya Tinggal Harapan

SEDIH… Pembentangan Belanjawan 2019 yang merupakan kali pertama oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) ternyata merupakan bajet mengecewakan rakyat terutama pengundi mereka sendiri.

Demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sambil tambah bahawa ia hanyalah bajet ‘biasa biasa’ sahaja malah lebih bersifat copy and paste (salin dan tampal) daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) lalu.

“Harapan untuk melihat satu anjakan falsafah pengurusan kewangan negara yang bersifat REFORMIST hampir tidak kelihatan. Malah ternyata PH tidak dapat mengekalkan apa lagi memintas prestasi kerajaan terdahulu.

“Defisit pula kembali membengkak kepada 3.7%, pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) membantut kepada 4.7%… ini bermakna kadar pengangguran akan meningkat dan pelaburan langsung akan turut menurun…

Baca: PH Tidak Penuhi Janji Dalam Belanjawan 2019 – Najib

“Lebih mendukacitakan belanjawan ini turut mengesahkan bahawa kerajaan PH sebenarnya memang langsung tidak berupaya melaksanakan manifesto mereka!” sindirnya menerusi hantaran terbaru dalam laman sosial Facebooknya.

Tambah Annuar, penghapusan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ternyata tidak beri apa-apa kebaikan kepada pengguna kerana bukan saja harga tidak turun, tetapi juga rakyat kehilangan pelbagai bantuan kerajaan terdahulu.


“Ramai hilang kerja sejak PH berkuasa. Secara keseluruhan belanjawan 2019 ini menjurus kepada penguncupan ekonomi. Risiko terdedah kepada impak geopolitik dan trade war (perang dagangan) adalah besar bagi negara

“Golongan miskin di luar bandar tidak dapat apa-apa insentif baharu. Pembangunan Islam juga tidak dapat lonjakan baru… hanya biasa biasa saja. Ternyata harapan hanya tinggal harapan!” sinis Annuar. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori