Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sekatan Ke Atas Korea...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan sekatan baharu Majlis Keselamatan Pertubuhan...

Sebanyak 24 Kawasan Rekod...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 24 kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat...

Keutamaan Integriti Tidak Kira...

PUTRAJAYA - Soal integriti perlu diberi keutamaan tidak kira sama ada kakitangan bawahan,...

3 Sekeluarga Ditahan Miliki...

SEREMBAN - Tiga wanita yang mempunyai ikatan kekeluargaan ditahan polis kerana memiliki satu...

Belanjawan 2019: Rasa Gula, Kopi Kata Penduduk Kunak

KUNAK – Penduduk di Kunak menyifatkan Belanjawan 2019 yang diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam, seperti gula dan kopi yang ada manis dan pahitnya yang tersendiri.

Seorang pekerja swasta, Asmil Roslan, 26, berkata yang manisnya apabila beliau merupakan bakal salah seorang yang akan menerima manfaat subsidi minyak Petrol RON95 secara bersasar yang diumumkan dan secara langsung perbelanjaan bulanannya akan dapat dikurangkan.

“Pahitnya pula, apabila kerajaan memberikan subsidi ini, akan ada terdapat bahagian (faedah lain) yang dikurangkan seperti tiada lagi kad siswa, atau baucer buku. Tetapi saya percaya kerajaan tidak akan meminggirkan pembangunan dan membela kebajikan rakyat Sabah,” katanya yang bekerja di bahagian pengurusan sebua pasar raya di sini.

Dalam Belanjawan 2019 dibentangkan semalam, subsidi minyak secara bersasar diberikan kepada pemilik sebuah kereta berkapasiti enjin 1500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc ke bawah. Subsidi itu melibatkan petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.

Bagi seorang penjawat awam, Welmina Hussin,26, menzahirkan terima kasih terhadap keprihatinan kerajaan memberikan bonus RM500 kepada gred 54 dan ke bawah serta RM250 untuk pesara kerajaan.

“Saya tidak sangka kerajaan masih mampu memberikan bayaran khas, memandangkan ekonomi negara kita tidak mengizinkan dan hutang negara yang tinggi,” katanya lagi.

Guru yang bertugas di Semporna itu juga bersyukur kerana bakal menikmati manfaat subsidi minyak petrol RON95 sekali gus mengurangkan perbelanjaan ke atas minyak setiap bulan.


Sementara itu, Norhayati Kasmi, seorang suri rumah menyifatkan pengumuman berhubung subsidi bersasar bil elektrik RM40 sebulan terhad kepada golongan miskin dan miskin tegar (berdaftar program e-kasih) merupakan bantuan berat sebelah.

“Selama ini (kerajaan lama), kita (rakyat) sama rata menerima subsidi bulanan bagi bil elektrik bernilai RM20 dan ke bawah.

“Ada dalam kalangan kita bukan berdaftar program e-kasih tetapi masih memerlukan bantuan untuk mengurangkan kos sara hidup tinggi di Sabah dengan harga barang yang sentiasa naik,” katanya lagi turut berharap kerajaan dapat meneliti semula perkara tersebut. – BERNAMA

Kategori