Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Penjenayah Rempuh Anggota Polis...

TAIPING - Dua penjenayah yang merempuh motosikal anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB)...

Manchester United Pecat Van...

LONDON - Louis van Gaal dipecat sebagai pengurus Manchester United, lapor beberapa media...

Larang Hijab: PBT Disaran...

IPOH - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran untuk menarik balik lesen pengusaha hotel...

Tengkuk Lebam Ditampar Guru

KUALA LUMPUR - Seorang murid tahun dua cedera di tengkuk kanan dipercayai akibat...

Belanjawan Sarawak 2019 Dibentang 5 November

KUCHING – Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) 2018 akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang akan bermula pada Isnin hingga 14 November ini.

Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi, akan membentangkan rang undang-undang itu.

“Bacaan kali pertama adalah pada 5 Nov dan bacaan kali kedua juga pada 5 Nov manakala bacaan kali ketiga pada 14 November,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) 2018 adalah satu-satunya rang undang-undang yang akan dibentangkan semasa persidangan DUN nanti.

Mohamad Asfia berkata sebanyak 367 soalan untuk jawapan lisan dan bertulis diterima daripada 47 Anggota DUN bagi sesi ini.

“Pejabat Ketua Menteri menerima soalan paling banyak iaitu 68 soalan,” katanya. – BERNAMA

Kategori