Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MCA Guna Logo Sendiri...

TANDING... Komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA mengumumkan akan guna logo parti itu...

Juruterbang Dituduh Tembak MH17...

SEORANG juruterbang tentera Ukraine yang dituduh menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada...

Pamer Plat Palsu, Kelindan...

KUALA LUMPUR - Seorang kelindan lori didenda RM5,500 atau tiga bulan penjara oleh...

Sektor Bas Sekolah Perlu...

TANAH MERAH - Sektor bas sekolah perlu melakukan pembaharuan agar kekal relevan sekali...

Belia Terlibat Jenayah, Masalah Sosial Akan Dibantu Dapat Pekerjaan

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan akan memberi fokus kepada para belia yang berisiko terjerumus ke dalam kegiatan jenayah kerana terjebak dengan masalah sosial agar mendapat peluang pekerjaan.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata perkara itu bagi memastikan matlamat agenda sosial negara dapat dipenuhi apabila belia bermasalah didekati dan diberi peluang seperti individu lain khususnya hak untuk bekerja.

“Stigma masyarakat sangat kuat terhadap individu yang bermasalah (sama ada terlibat jenayah atau masalah sosial) dan sukar beri peluang kepada mereka. Jadi kerajaan akan cari jalan bagaimana kita nak bantu mereka.

“Contohnya belia yang terjebak masalah dadah atau golongan mat rempit, bagaimana kita bantu mereka dapatkan kerja…bagaimana kita nak mencapai mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penyelidikan Belia Kebangsaan 2018 (YOURS’18) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Seminar bertemakan ‘Mendepani Cabaran Agenda Sosial ke Arah Kesejahteraan Belia’ yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini itu membawa enam isu utama antaranya gejala sosial, ketagihan skrin, kesihatan mental dan lain-lain isu pembangunan belia.

YOURS’ 18 anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) itu menyaksikan sebanyak 45 artikel atau kertas kerja penyelidikan oleh ahli akademik, penyelidik daripada agensi kerajaan serta para siswazah daripada pelbagai bidang bakal dibentang.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata kementerian juga komited untuk mencari penyelesaian berhubung isu pengangguran siswazah bumiputera yang kini di tahap membimbangkan.


“Perkara ini menyedihkan kerana melibatkan banyak graduan bumiputera yang berpendidikan tinggi. Soal ini kita akan cari punca adakah disebabkan suai padan (pasaran kerja) dengan kemahiran atau apakah sebenarnya di sebalik perkara ini.

“Kadar pasaran kerja bagi graduan TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional) pada kadar 96 peratus iaitu jauh lebih tinggi berbanding mereka yang ada ijazah. Kerajaan akan ambil kira pandangan semua pihak termasuk syarikat swasta dan agensi kerajaan untuk cari penyelesaian bersama,” jelasnya.

Beliau mengulas Laporan Tinjauan Ekonomi Kementerian Kewangan 2019 yang meneliti kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia daripada tahap pendidikan yang berbeza, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2017.

Laporan itu menyebutkan bahawa belia bumiputera dengan pendidikan tinggi merekodkan kadar pengangguran tertinggi pada tahun 2017 pada 4.6 peratus, jauh lebih tinggi daripada belia bumiputera yang hanya mempunyai kelulusan sekolah menengah (empat peratus). – BERNAMA

Kategori