Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Graduan Bidang Sains Dipenjara...

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13...

Lewat Bela Kes Chong...

JOHOR BAHARU - Kelewatan mempersembahkan kes doping pemain badminton negara Datuk Lee Chong...

Mahathir Janji Lepas Jawatan...

NEW YORK - Tun Dr. Mahathir Mohamad berjanji akan melepaskan jawatan Perdana Menteri...

Saling Ingat Mengingati Kesan...

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya...

Bersederhana Sambutan Maulidur Rasul Di Palu

KOTA PALU (Sulawesi) – Gempa bumi dan tsunami yang menimpa masyarakat Palu sejak 28 Sept lepas, sedikit pun tidak mematahkan semangat mereka untuk mengisi sambutan Maulidur Rasul hari ini walaupun dalam keadaan serba sederhana.

Kejadian gempa bumi kuat dan tsunami itu dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya 2,000 penduduk.

Masyarakat Kota Palu yang majoriti penduduknya beragama Islam menganggap bencana yang menimpa mereka tempoh hari adalah sebahagian ujian Allah SWT untuk menjadikan mereka insan yang lebih baik.

Seorang penduduk tempatan, Vania Qanita Damayanti, 17, berkata sambutan kali ini tidak sama seperti tahun lepas yang disambut meriah dengan berarak sambil berselawat mengelilingi bandar.

“Namun, pada tahun ini, sambutannya kurang meriah kerana kebanyakan mangsa masih berasa terkesan dengan apa yang berlaku tempoh hari.

“Kita hanya menyambutnya secara ringkas dengan berselawat kepada Nabi SAW di samping menyedekahkan bacaan Yasin kepada mangsa yang terkorban dalam bencana ini,” katanya ketika ditemui Bernama di kawasan khemah sementara di perkampungan Kabonena di sini, pada Selasa.

Tinjauan Bernama mendapati selain aktiviti berselawat serta berzikir, sambutan itu turut diselitkan dengan program pemulihan trauma kepada mangsa bencana terutamanya kanak-kanak yang diselia pasukan Sukarelawan Sulawesi Tengah (Relawan Sulteng).

Sementara itu, bagi Relawan Sulteng, Risnawati, 38, dia bersama kumpulannya hadir ke khemah berkenaan bagi memberi suntikan semangat kepada kanak-kanak agar kembali pulih seperti biasa.


“Hari ini kita menyambut Maulidur Rasul dalam keadaan sederhana, namun kanak-kanak di sini sentiasa bersemangat ketika memuji nama baginda Rasulullah SAW.

“Di samping itu, kita selitkan program pemulihan trauma bagi mengembalikan semangat mereka untuk bangkit semula daripada dugaan hidup yang mencabar ini,” katanya.

Risnawati berkata acara kemuncak sambutan itu adalah dengan makan beramai-ramai lauk tradisi setiap kali sambutan ini diadakan.

“Jagung, keledek dan Gamik iaitu campuran kelapa, cili dan mangga menjadi menu wajib yang ada ketika sambutan maulidur ini… dengan aktiviti seperti ini ia dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain,” katanya.

Risnawati berharap agar semangat masyarakat Palu akan kembali pulih seperti sebelumnya supaya sambutan Maulidur Rasul akan datang menjadi lebih meriah tanpa melupakan tragedi ini. – BERNAMA

Kategori