Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Isteri CEO Cradle Fund...

PUTRAJAYA - Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham...

Kadar Rt Covid-19 Hanya...

PUTRAJAYA - Kadar kebolehjangkitan Covid-19 dalam kalangan petugas barisan hadapan yang menerima dua...

KKM Keluar Garis Panduan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan hari ini mengeluarkan garis panduan kepada orang ramai...

Pembayaran BR1M Peringkat Kedua...

KEMENTERIAN kewangan memaklumkan pembayaran duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) peringkat kedua yang...

Bina Sebuah Negara Bangsa Satu Proses Kompleks

TAIPING – Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah bertitah membina sebuah ‘Negara Bangsa’ merupakan satu proses yang kompleks, rumit dan berterusan.

Beginda bertitah pelbagai istilah penyatuan telah diperkenalkan dengan pelbagai slogan direka cipta, logo dilakar, lirik dikumandangkan, namun ia masih tidak memperlihatkan impak keberkesanannya.

“Malah slogan ke arah membentuk warga yang bersatu padu dalam sebuah negara yang merdeka, akhir-akhir ini, lebih banyak menimbulkan keraguan, lebih mengundang kontroversi; semakin dipolemikkan – semakin dipolitikkan.

“Perkembangan ini sangatlah membimbangkan,” titah baginda pada majlis perasmian sambutan 135 tahun Muzium Perak, di sini hari ini.

Sultan Perak itu juga bertitah komponen pengisian dalam membangunkan warga bersatu dan menjiwai semangat patriotik terhadap negara, perlu diberikan penekanan seimbang seiring usaha membangunkan ekonomi dan prasarana fizikal.

“Dalam senario yang sedang berlaku kini, keperluan tersebut menjadi semakin diperlukan,” titah baginda.

Sehubungan itu, Sultan Nazrin bertitah institusi muzium dapat membantu negara dalam membina masyarakat yang berbilang kaum, agama dan kumpulan politik, bersatu padu serta setia kepada negara di bawah naungan pemerintahan payung mahkota negara, Yang di-Pertuan Agong.

Titah baginda, sesebuah muzium dibina, diolah bahan-bahan yang dipamerkan dan urutan cerita yang dipersembahkan bagi mencapai tujuan spesifik iaitu menyuntik semangat kenegaraan dan patriotisme.

“Ia dapat menyuntik semangat kenegaraan – semangat patriotisme, meniupkan roh keberanian – roh kepahlawanan, menyemaikan semangat perpaduan – semangat penyatuan, dan melukiskan imej negatif pihak lawan,” titah baginda.


Baginda bertitah sesebuah muzium perlu memenuhi keperluan latar belakang pengunjung yang pelbagai, berfikiran lebih kritikal selain memiliki tahap literasi dan pengharapan tinggi.

Sultan Nazrin bertitah seiring dengan arus pemodenan dan gelombang globalisasi, minat pengunjung yang pasif yang sekadar melihat bahan dipamerkan telah berubah kepada pengunjung yang ‘inquisitive’ dan interaktif.

“Muzium tidak harus dikagumi kerana artifak, ciri estetika atau aura misterinya, tetapi muzium hendaklah, dalam mempamerkan bahan dan mempersembahkan urutan peristiwa, berupaya membangkitkan nostalgia silam dan mencuit memori.

“Serta memiliki daya menghembuskan roh keinsafan – membarai semangat kesedaran, melalui ekshibit yang mempamerkan pelbagai tragedi, terutama tragedi yang banyak mengorbankan nyawa dan memusnahkan kehidupan,” titah baginda.

Titah baginda, fungsi asal muzium untuk memelihara dan menjaga khazanah warisan negara, kini beralih peranan sebagai fungsi penyelidikan, pendidikan, pemasaran, teknologi dan inovasi.

“Koleksi artifak hanyalah objek kaku sekiranya dipamerkan atau disimpan tanpa penceritaan yang digarap rapi, berasaskan penyelidikan yang teliti.

“Artifak kaku dan mati,wajib dihembuskan nafas, agar artifak itu dapat dihidupkan, berupaya berinteraksi, dirangkaikan, serta memberi pengertian dengan kehidupan semasa,” titah baginda. – BERNAMA

Kategori