Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bantuan Bencana Akan Disegerakan...

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan...

Windows 10 Akan Teroka...

KUALA LUMPUR - Microsoft Corp telah memperkenalkan Windows 10, menandakan permulaan era perkomputeran...

Rakyat AS Sendiri Tidak...

CHICAGO : Mahnoor Ahmad, iaitu calon Kongres Amerika Syarikat (AS) beragama Islam menegaskan...

Sultan Johor Puas Hati...

KOTA TINGGI - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berpuas hati dengan...

Bomba, Staf Kesihatan Mogok Di Parlimen Catalonia

BARCELONA – Ratusan anggota bomba dan kakitangan kesihatan cuba menyerbu parlimen Catalonia, Sepanyol, semalam, untuk menuntut suasana kerja lebih baik.

Penunjuk perasaan membanjiri kawasan sekitar beberapa pintu utama parlimen, namun mereka disekat polis.

Kakitangan perubatan dengan pakaian putih membawa sepanduk menyatakan “Jangan sembang, tambah peruntukan,” sementara anggota bomba beruniform dan memakai topi keledar merah menyalakan suar dan membakar patung pada salib kayu.

Kesatuan kakitangan kesihatan di wilayah timur laut Sepanyol itu akan menganjurkan mogok, minggu depan yang dijadualkan berlangsung dari Isnin hingga Jumaat.

Pada masa sama, kesatuan bomba UGT menggesa ahlinya mengadakan tunjuk perasaan, selepas gagal mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa berhubung gaji dan masa bekerja. – Reuters/BH ONLINE

Kategori