Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

NIMP 2030 Perlu Diterjemahkan...

KUALA LUMPUR : Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berpandangan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP)...

Gadis Cuba Bunuh Diri...

NEW DELHI, India – Seorang gadis di negeri Chhattisgarh, India cuba membunuh diri...

Bernama TV Perlu Berbahasa...

KUALA LUMPUR - Stesen televisyen BERNAMA TV perlu menjadi saluran yang menawarkan sumber...

Semakan Permohonan Pengeluaran Khas...

PETALING JAYA – Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat semakan status...

Bos Juventus Puji Pasukannya Belajar Daripada Kekalahan

BOS Juventus, Massimiliano Allegri memuji pasukannya kerana belajar daripada kekalahan mereka kepada Manchester United apabila membalasnya dengan kemenangan 2-0 ke atas AC Milan pada Ahad malam.

Pasukan Itali itu mengalami kekalahan 2-1 menentang United pada Liga Juara-Juara Rabu lalu, namun berjaya menundukkan pencabarnya dalam Serie A.

Mario Mandzukic mendahului dengan gol kelima musim ini sebelum Cristiano Ronaldo menambah gol kedua untuk memulihkan kelebihan enam mata Juve di puncak kedudukan Serie A.

Allegri menggambarkan keputusan itu sebagai langkah besar ke hadapan.

Menurut kenyataannya yang dipetik daripada laman web kelab tersebut: “Kekalahan terhadap Manchester United telah menjadikan kami lebih baik dan malam ini merupakan tindak balas yang baik daripada anggota pasukan.


“Kami agak terkejut dengan keputusan itu, tapi para pemain terus menyerang dalam perlawanan ini.

“Permainan ini merupakan langkah besar ke depan dalam liga kerana kami telah membuat jurang sembilan mata dengan Inter dan kami masih enam mata di depan Napoli.” – BT Sport/mStar Online

Kategori