Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bapa Mati Dalam Kemalangan,...

MENYEDIHKAN.. Gambar yang menunjukkan seorang anggota polis di Amerika Syarikat (AS) sedang mengalih...

65 Warga Asing Ditahan...

KUANTAN - Seramai 65 warga asing ditahan dalam Op Noda di sekitar Jalan...

Ambil Tindakan Tegas Terhadap...

KUALA LUMPUR : Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap peniaga dan penjual...

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah...

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini...

Bot Dan Kru Vietnam Ditahan, Tangkap Ikan Di Labuan

LABUAN – Polis Marin Labuan menahan lapan nelayan Vietnam, termasuk juragan, dalam operasi ke atas bot nelayan asing yang menangkap ikan secara haram di perairan Labuan pada Rabu (21 Nov).

Komander Polis Marin Sabah (Wilayah 4) ACP Mohamad Pajeri Ali berkata bot nelayan Vietnam itu dikesan di perairan Beting Iris kira-kira 7.75 batu nautika dari pantai Tanjung Kubong dalam Operasi Gelora Khas kira-kira 5.30 petang.

Mereka menahan nelayan berusia antara 23 hingga 59 tahun yang gagal menunjukkan lesen serta dokumen perjalanan yang sah, dan bot itu kemudiannya ditunda balik ke jeti marin Labuan.

“Kami merampas bot nelayan dianggarkan bernilai RM350,000 dan peralatan pukat berharga kira-kira RM10,000. Warga Vietnam itu akan diserahkan kepada pihak Imigresen untuk siasatan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Mohamad Pajeri berkata rampasan itu adalah sebahagian daripada operasi besar-besaran oleh polis Marin ke atas pencerobohan dan/atau aktiviti menangkap ikan secara haram oleh nelayan asing.


Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63. – BERNAMA

Kategori