Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Suspek Utama Kes Bunuh...

MANJUNG - Polis menahan seorang lelaki dipercayai suspek utama kes pembunuhan seorang pemilik...

PRK Balakong: Hanya 25%...

BALAKONG - Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lelaki, Wanita Ditahan Seludup...

JOHOR BAHRU - Polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah ecstasy bernilai RM470,400 selepas...

Hakim Sekeluarga Mati Disasar...

KAHERAH - Serangan udara tentera pakatan diketuai Arab Saudi dilaporkan membunuh seorang hakim...

Brunei Tetap Taja Penjawat Awam, Pesara Tunai Haji

BANDAR SERI BEGAWAN – Ketika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Malaysia berlaku zalim sekat 1,200 bakal jemaah haji tajaan Yayasan 1MDB tunai ibadah itu baru-baru ini, lain halnya di Brunei.

Kerajaan Brunei pula dilaporkan media tempatan tetap terus ‘taja’ ramai penjawat awam dan pesara untuk urusan haji di sebalik kekangan sumber kewangan negara dikawal ketat ekoran ketidakstabilan harga minyak mentah dunia.

Negara kecil Borneo yang kaya dengan hasil petroleum itu malah masih tanggung perbelanjaan kakitangan kerajaan dan bekas pekerja awam termasuk pasangan mereka untuk tunai Rukun Islam kelima tersebut sejak sekian lama.

Ini jauh berbeza dengan pentadbiran PH berdalih terpaksa sekat ribuan bakal tetamu Allah SWT itu konon mewarisi hutang RM1 trilion daripada Barisan Nasional (BN), yang terbukti sebenarnya tidak benar bahkan sengaja direka.

Walhal sebelum itu, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bermurah hati anjurkan Program Khas Haji tajaan Yayasan 1MDB sejak 2011 melibatkan hampir 6,000 peserta tanpa ‘rampas’ kuota giliran jemaah sedia ada.

Ini kerana hubungan baik dengan pihak kerajaan Arab Saudi semasa era BN turut membolehkan Malaysia dapat lagi kuota tambahan sehingga lebih 40,000 orang setiap musim haji berbanding jumlah sepatutnya hanya 30,200 orang.

Program hasil ilham Najib itu sendiri juga beri peluang kepada pemimpin masyarakat setempat, selain imam dan bilal yang tiada peluang tunai haji kerana kurang mampu, akhirnya mereka syukur dapat ‘jejak kaki’ di Tanah Suci.

Baca: PH Sekat 1,200 Jemaah Haji 1MDB Ke Tanah Suci

Brunei turut ada program sedemikian dan media negara itu kelmarin melaporkan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mula buka permohonan untuk kakitangan kerajaan dan pesara yang ingin dibiayai urusan haji pada 2019.


Menerusi program dikenali sebagai Pengurniaan Tambang Menunaikan Fardu Haji dengan tarikh tutup lazimnya ditetapkan pada akhir minggu pertama Januari tahun depan, ia buka ruang kepada penjawat awam yang miskin.

Skim insentif itu diuruskan Unit Kurnia Tambang, Bahagian Pengurusan Haji, Jabatan Urusan Haji, KHEU dengan mereka akan sertai kuota kumpulan 1,000 bakal jemaah haji negara tersebut termasuk hadiri kursus bimbingan.

Berbeza dengan orang kebanyakan, penjawat awam dan pesara yang terpilih tidak perlu ada Akaun Tekad Haji di Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) atau Akaun Simpanan Haji di Bank Islam Brunei Darussalam.

Selain itu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah turut berkenan tanggung sepenuhnya urusan haji golongan mualaf yang terpilih dengan diberi lagi elaun perjalanan B$2,000 (RM6,105) di bawah dana Zakat Asnaf Mualaf.

Untuk rekod, kos pakej haji di Brunei yang paling mahal diuruskan oleh beberapa agensi pengendali haji dilantik oleh pihak KHEU dan Majlis Ugama Islam Brunei ialah B$18,200 (kira-kira RM55,563). – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori