Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

15 Penumpang Bas Ekspres...

NIBONG TEBAL - Sebanyak 15 penumpang sebuah bas ekspres cedera ringan selepas bas...

Perubahan Dasar Bagi Lebih...

SUNGAI PETANI - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan perubahan dua...

Pelajar Nigeria Mati Dalam...

SHAH ALAM - Seorang pelajar Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya yang berasal dari...

RM18j Setahun Biayai Bil...

PASIR PUTEH - Kerajaan pusat membelanjakan RM18 juta setahun melalui rebat elektrik RM20...

Anak Buaya Masuk Kawasan Perumahan Di Petra Jaya

PETRA JAYA – Kehadiran seekor anak buaya menggemparkan penduduk Taman Nanas 2 di Jalan Matang, di sini, malam tadi.

Buaya berukuran kira-kira 1.5 meter panjang itu dipercayai naik ke darat dari sungai berdekatan untuk mencari makanan.

Bagaimanapun, reptilia itu tersesat dan merayau di kawasan perumahan itu sehingga memaksa penduduk menghubungi talian kecemasan untuk bantuan menangkapnya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan daripada penduduk taman perumahan itu pada jam 11.19 malam.

Berikutan itu, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dikerah ke lokasi.


“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan pihaknya menemui seekor buaya sedang berlegar di lorong kawasan perumahan itu.

“Anggota kemudiannya berjaya menangkap buaya itu dan membawanya balik ke balai,” katanya.

Katanya lagi, buaya berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk tindakan lanjut. – BH ONLINE

Kategori